Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 3, 2024 @ 11:00am

“Kalau Dapat Putar Balik Masa, Saya Tak Akan Cerita” – Hubungan Dengan Ruhainies Berputik Selepas ‘Curhat’ Masalah Rumah Tangga, Aliff Aziz Akui Menyesal

Pelakon sensasi, Aliff Aziz mengakui menyesal memberi ruang untuk hubungannya bersama aktres, Ruhainies untuk jadi lebih mendalam sehingga muncul rasa sayang.

Menerusi sesi podcast bersama The Common Folks, Aliff mendedahkan hubungannya bersama Ruhainies mula berputik ketika dia dan isterinya, Bella Astillah dalam masalah.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengambil hati Bella semula, namun hubungan mereka menjadi lebih renggang apabila setiap kali mereka cuba berkomunikasi akan di akhiri dengan pergaduhan.

“Saya rasa perkara ini terjadi sebab saya tak dapat nak berkomunikasi dengan Bella selepas dia kantoi ‘curang’. Hubungan kami jadi renggang.

“Pada waktu saya cuba memujuk, Bella tawar hati. Bila dia memujuk, saya pula tawar hati. Ujian untuk kami berdua.

“Setiap kali saya cuba untuk berbincang dengan dia, kami akan bergaduh sehingga sampai satu tahap saya mendiamkan diri, alihkan perhatian dengan kerja (penggambaran drama Terjerat),” katanya.

Malah, konflik antara dia dan Bella membuatkan prestasi lakonannya menurun, sehingga disedari oleh kru produksi dan heroin drama Terjerat, Ruhainies.

“Tapi dalam beberapa minggu semasa penggambaran drama itu dengan Ruhainies, kru produksi perasan prestasi saya kurang baik.

“Ruhainies pun ada bertanya sekiranya saya mempunyai masalah, tetapi pada awalnya saya memang tak campur urusan peribadi dengan kerja,” katanya.

Aliff Aziz

Jelas Aliff, dia mula menceritakan masalah peribadinya kepada Ruhainies ketika itu bukan untuk meraih simpati aktres berkenaan, hanya ingin meluahkan rasa ‘berat’ di hatinya.

“Tak lama selepas itu, kami jadi lebih rapat. Dari situlah saya mula meluahkan masalah rumah tangga saya kepada dia, bukan untuk meraih simpati Ruhainies.

“Saya tak fikir panjang ketika itu sebab berada dalam keadaan yang lemah sehingga saya meluah kepadanya,” katanya.

Namun begitu, Aliff menyesali tindakannya meluahkan isi hatinya kepada Ruhainies sehingga membuka ruang untuk mereka menjadi semakin rapat dan muncul rasa sayang.

“Kami jadi semakin rapat, rapat dan rapat. Sehingga saat itu, itulah tindakan yang paling saya menyesal lakukan.

“Kalau saya dapat putar balik masa, saya tak akan buka ruang itu untuk kami jadi lebih rapat.

“Saya sedar perkara itu tak seharusnya berlaku sebab semestinya akan ada timbul perasaan antara kami.

“Bagaimanapun, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku ini,” tuturnya lagi.

@xtra_my

Replying to @philocalist . Aliff Aziz menyesal tindakannya ‘curhat’ pada Ruhainies, beri ruang hubungan jadi lebih rapat #fyp #xtra #aliffaziz #podcast #menyesal #ruhainies #curang #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Terdahulu, Aliff ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium mewah.

Susulan konflik tersebut, Bella memfailkan penceraian pada 13 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pada 4 April lalu, Aliff enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut kerana masih mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Selepas tular foto dan mesej mesra, Bella bagaimanapun mengakui menjalinkan hubungan cinta bersama aktor, Muaz Zabir sejak Oktober lalu demi membuat suaminya itu cemburu.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila wanita mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mendedahkan mesej-mesej perbualan antara Aliff dan Ruhainies di Instagram.

Artikel Berkaitan: Sikap Bella Astillah Mula Berubah, Terdetik Nak Periksa ‘Archive Chat’… Aliff Aziz Bongkar Malam Kejadian Isteri ‘Kantoi Curang’ – “Hati Saya Remuk, Tapi Ini Kifarah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 16 Oct 2019

Haze to Hit Back Malaysia; Effect of Wild Forest Fire in Palembang

Malaysians advised to wary of the upcoming’s weather. Stay protected and reduce outdoor activities.

Featured Tue, 8 Mar 2022

Lapan Tahun Berlalu, MH370 Terus Dalam Ingatan

Masuk tahun kelapan kehilangan pesawat Beoing 777-200ER milik Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 lalu pastinya terus diingati oleh seluruh rakyat negara ini. MH370 yang terputus hubungan sejurus melintasi […]

Trending Thu, 21 Feb 2019

9张图告诉你「30岁之前和30岁之后」的超中肯生活

对许多人来说, 30岁是个心理上的重要里程碑!有些女生或许会害怕跨过这个年龄……

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

“Kami Kembali Rujuk Pada 31 Ogos Lalu” – Farid Kamil

Alhamdulillah! Jodoh masih kuat! Semoga berbahagia FK & DD

Trending Wed, 21 Oct 2020

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Sepanjang PKPB

Ini mungkin berguna untuk korang!

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Trending Sun, 30 Jun 2019

Dijangkiti HIV Selepas Jalani Rawatan Spa ‘Vampire Facial

Rawatan Vampire secara klinikal dirujuk sebagai terapi plasma yang kaya platelet

error: Content is protected !!