Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 7, 2024 @ 3:07pm

“Ya, Saya Bawa Grab Je” – Muncul Akaun TikTok Nama Aslam, Suami Marissa Mengaku Kerja Pemandu E-Hailing?

Perkongsian terkini suami pempengaruh, Marissa Dania iaitu Aslam mencuri perhatian apabila dia berkongsi foto disunting memakai jacket dan memegang topi keledar Grab.

Foto yang dimuat naik oleh Aslam itu seakan mengiyakan kenyataan ibu mentuanya, pelakon Abby Abadi yang berkata suami anaknya itu bekerja sebagai pemandu e-hailing untuk menyara keluarga.

“Yelah, saya bawah grab je,” tulisnya ringkas di kapsyen.

Marissa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan Aslam itu serta seakan menerima segala kritikan yang dilemparkan kedapanya.

Ada juga segelintir netizen yang kagum dengan usaha Aslam untuk mencari rezeki halal untuk kedua-dua isterinya, Umisya Mazlan dan madu, Marissa Dania.

Menerusi hantaran lain, Aslam memuat naik video meminta orang ramai untuk mengikuti akaun TikTok yang baru sahaja diciptanya itu.

“Hi, Assalamualaikum. Saya Aslam, follow akaun TikTok baru saya..,” katanya.

@aslamgrab

♬ original sound – aslam – aslam

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Aslam sudah mempunyai lebih 7,000 pengikut di TikTok.

Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand dengan lelaki yang dikenali dengan nama Ahmad Aslam.

Perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

Artikel Berkaitan: “Baik Diam Je Dari Tambah Dosa” – Dilabel Tak Sedar Diri, Abby Abadi Mohon Individu ‘Bitter’ Unfollow IG

Artikel Berkaitan: “Aslam Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes Sara Keluarga” – Abby Abadi Harap Anak Diberi Peluang Hidup Bahagia Bersama Suami & Madu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Feb 2021

Harap Perjalanan PdPR Lebih Memberi Kesan & Progresif, Ibu Bapa Pelajar Tak Sabar Tunggu DidikTV Dilancarkan!

Bermula esok, 17 Februari 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan pelancaran […]

Featured Sat, 25 Mar 2023
Events Wed, 22 Feb 2023
Hiburan Tue, 10 Sep 2019
Trending Sat, 14 Aug 2021
Hiburan Fri, 23 Aug 2024

[VIDEO] Hebatnya Lakonan! Sharifah Sakinah Kongsi Babak Ludah Muka Azhan Rani – “Dia Boleh Jilat Balik Air Liur Aku” 

Perghhhh, reall ya Sakinah ludah muka Azhan Rani 🥵 Masing masing pelakon gred A+++!

Hiburan Wed, 15 Oct 2025
error: Content is protected !!