Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 8, 2024 @ 3:51pm

Terkejut Individu Guna Gambar & Gelar Diri ‘Sugar Mommy’, Sarah Suhairi Akan Ambil Tindakan

“Itu bukan saya. Saya tak buat kerja-kerja macam tu,” tegas penyanyi Sarah Suhairi selepas mengetahui ada individu yang menggunakan gambarnya dan mengaku dirinya seorang ‘sugar mommy’.

Menurut Sarah, dia menyedari perkara itu apabila pihak syarikat pengurusannya, Rusa Music memaklumkan ada individu mengaku ditipu olehnya.

“Saya dapat tahu ada orang guna gambar saya tak pasti untuk Telegram or Dating Apps ke apa tapi dia gelar diri dia ‘sugar mommy’. Lepastu dia scam orang dan mengaku dia seorang yang kaya.

“Saya dapat tahu ni pun daripada salah seorang pekerja dari syarikat pengurusan saya, Rusa Music sebab mangsa penipuan itu datang dan kata saya tipu dia. Muka ini ‘sugar mommy’? Selalu sugar mommy provide duit ni dia minta duit.

“Setakat ini saya tak tahu nak track dia macam mana. Apa yang saya ada hanyalah nombor telefon dia. Kalau kata perkara sebegini terjadi lagi, saya akan ambil tindakan untuk selesaikan masalah itu,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah menyatakan dia berjaya mendapatkan nama sebenar pemilik nombor telefon yang menyamar menjadi dirinya itu.

Namun, Sarah menegaskan dia akan mengambil tindakan sewajarnya kerana bimbang sekiranya reputasinya akan terkesan dek kerana isu penipuan ini.

“Saya pun tak tahu nak track orang tu macam mana. Tapi nama dia Asim Binit, obviously, not me. Lately ni pun ada orang yang DM benda bukan-bukan. Sebelum ini, perkara itu pernah terjadi tapi tak pernah sampai catfish.

“Sejujurnya saya tak selesa sebab saya bekerja berjumpa orang. Perkara ini secara tak langsung merosakkan reputasi saya dan orang beranggapan buruk kepada saya.

“Tapi sekiranya ada apa-apa perkara yang berlaku diluar jangkaan, saya akan ambil tindakan,” jelasnya.

Sarah bagaimana pun menyatakan pihak pengurusannya ada mencadangkan untuk meletakkan ‘watermark’ di setiap fotonya.

Malah, dia juga berharap agar mangsa penipuan tersebut turut mengambil tindakan segera dengan bantuan pihak berkuasa.

“Mula-mula dia cadangkan saya buat watermark tapi saya pun tak tahu nak buat apa. Bila ada kes macam ni saya bimbang kalau orang yang ditipu tu datang kepada saya kata saya yang tipu. Tapi macam leceh dan macam fanpage pula.

“Saya harap mangsa itu buat laporan polis dan jejak setiap transaksi yang dilakukan. Saya harap dia boleh dapatkan duit dengan cara yang betul sebab kita tahu perkara ini memerlukan proses yang lama.

“Saya juga harap kepada sesiapa yang terjumpa individu yang menggunakan muka saya, itu bukan saya. Saya tak buat kerja-kerja macam tu,” ujarnya.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 28 Jun 2019

女性爱闻男友体味!研究:有益健康

加拿大研究显示,喜欢闻另一半身上的味道,或许是一种减压的方式,对身心灵还满健康的。

Trending Wed, 14 Nov 2018

起床后先做4件事!上班更有能量,效率更高

人生有许多残酷的现实,像是下着雨的早晨却还是要上班去;别让这样的情绪导致你每日加班,早上醒来先做这4件事。

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Bercerai Bukan Jalan Terbaik, Nur Nilam Masih Berharap Ada Belas Kasihan Dari Azlan Komeng – “Setiap Hari Doa ‘Penyondol’ Tak Ambil Suami Saya”

Nilam mengaku perceraian bukan jalan terbaik buat untuk menyelesaikan konflik rumah tangga bersama Azlan Komeng

Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Featured Tue, 8 Jul 2025
Featured Wed, 24 Sep 2025

Kolaborasi Aisha Retno, Ade Govinda Sarat Dengan Emosi, ‘Semoga Saja’ Rai Rasa Kehilangan

Tidak seperti kolaborasi sebelum ini, Semoga Saja hadir dengan nuansa lebih segar

Featured Tue, 28 Oct 2025

Ayda Jebat Mengaku Tak Pandai Masak, Netizen Komen Minta Teruskan Usaha 

Ayda Jebat mencuri perhatian warganet apabila secara jujur mengaku dia tidak pandai memasak, namun kini sedang berusaha belajar demi keluarga kecilnya.

Trending Tue, 17 May 2022

Akibat Tunggang Basikal Lajak, Pemuda Lumpuh & Hilang Kaki Kiri Sejak 14 Tahun… Mahu Bangkit Ubah Nasib Diri!

Basikal lajak punca pemuda ini lumpuh dan hilang kaki kiri sejak 14 tahun.

error: Content is protected !!