Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi May 11, 2024 @ 7:30pm

Datuk Red Kata Dah Bayar Hutang RM30,000 Tapi Jabatan Insolvensi Maklum Belum Terima Sebarang Bayaran 

Jabatan Insolvensi Negeri Selangor (MdI Selangor) memaklumkan pihaknya masih belum menerima bayaran hutang RM30,000 daripada jumlah keseluruhan RM7 juta yang didakwa telah dibuat oleh bekas suami penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.

Menurut laporan Kosmo! MdI Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan, setakat ini Jabatan Insolvensi Negeri itu masih belum menerima apa-apa bayaran daripada Datuk Red.

“Pembayaran sewajarnya dibayar kepada Jabatan Insovensi Negeri Selangor memandangkan kes Datuk Red ditadbir di sini (Selangor).

“Cara bayaran boleh dibuat terus sama ada dibayar secara atas talian atau draf bank,” katanya dalam sebuah kenyataan kepada Kosmo!

Pada Jumaat, Datuk Red dikatakan membuat bayaran pertama sebanyak RM30,000 kepada Jabatan Insolvensi.

Difahamkan jumlah diperolehi daripada usaha Datuk Red dalam menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti kopi, sambal, baju dan minyak wangi.

Pada Mac lalu, Datuk Red mendedahkan tiada pekerjaan tetap selepas diisytiharkan muflis sejak 2019 tahun lalu.

Sepanjang lima tahun tidak mempunyai pendapatan tetap itu, Datuk Red sudah berusaha pelbagai cara untuk melangsaikan hutang cecah jutaan ringgit, termasuk cuba menjadi pemandu e-hailing.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Namun jodoh tidak panjang, mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor pada 24 April lalu.

Sumber: Kosmo! 

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 13 May 2019

Kembara Muslim Bersama Elfira Loy Di Perth. Best Sangat!

Wah! Tak sangka Perth rupanya dilabel sebagai Muslim Friendly. Nak packing lah, nak pergi holiday!

Hiburan Thu, 14 Aug 2025
Hiburan Fri, 18 May 2018

Nama Pengiring Meghan Markle Akhirnya Terjawab

Thomas Markle menarik diri dari menghadiri majlis perkahwinan itu selepas dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan jantung awal minggu ini.

Trending Tue, 25 Jun 2019

Nak Bersuara Kena Bijak, Ratu Naga Selar Sifatkan Kenyataan Faizah Ariffin Tak Masuk Akal!

Ratu Naga menyifatkan kenyataan Naib Ketua Wanita Keadilan Pusat, Datin Faizah Ariffin tidak masuk akal.

Trending Mon, 6 Sep 2021
Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Sat, 25 Nov 2023
Trending Tue, 23 Feb 2021
Hiburan Sat, 8 Feb 2020

POWER! Persembahan Interlude #AJL34 Yang Mengimbau Kenangan, Confirm Korang Akan Sing Along!

Kalau nak throwback lagu karya Dato’ M. Nasir, memang banyak sangat.

error: Content is protected !!