Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 18, 2018 @ 12:21pm

Nama Pengiring Meghan Markle Akhirnya Terjawab

Perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle esok bakal menyaksikan pewaris diraja Britain, Putera Charles mengiringi bakal menantunya itu.

Keputusan ini dibuat selepas bapa Meghan, Thomas Markle terpaksa menarik diri di saat-saat akhir berikutan masalah kesihatan.

“Meghan Markle telah memohon jasa baik Putera Charles untuk mengiringinya pada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung di Quire of St George’s Chapel itu,” menurut satu kenyataan dikeluarkan pejabat Harry, di Istana Kensington.

“Prince of Wales bersetuju untuk mengalu-alukan kehadiran Markle ke dalam keluarga diraja dengan mengiringi Markle pada majlis itu,” tambah kenyataan itu lagi.

Thomas Markle menarik diri dari menghadiri majlis perkahwinan itu selepas dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan jantung awal minggu ini.

Markle dalam satu kenyataan sebelum ini turut mengesahkan, bapanya tidak dapat hadir.

Sementara itu, ibu Markle bakal menghadiri satu majlis minum the bersama nenda Harry, Permaisuri Elizabeth pada Jumaat.

Perkahwinan Harry-Markle dijangka ditonton oleh jutaan pengikut keluarga diraja Britain dari seluruh dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Events Thu, 12 Apr 2018

Rico Rinaldi Dihentam Kerana Gunakan Neelofa

Menurut Rico pemilihan ini adalah disebabkan oleh imej dan penghijrahan Lofa yang dianggap sangat sesuai dengan jenama tersebut. Bagi Rico, beliau mengakui turut terkena tempias melibatkan isu kontroversi Lofa, sehingga menyebabkan ada beberapa pihak penaja yang telah menarik diri disaat-saat akhir. 

Hiburan Thu, 31 Jul 2025
Events Fri, 1 Nov 2019

叶良财直呼爆冷!贺岁剧《开餐吧!吃货小妹》获最佳电视剧

贺岁剧《开餐吧!吃货小妹》成功突围,杀出一条血路,获颁ASK2019「最佳电视剧」。

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

国庆感受「冰」乐趣!全民同庆国庆及马来西亚日

为庆祝我国独立62周年,全球最大的连锁冰淇淋专卖店要让你在这两个月天天「揪团」吃冰淇淋!

Featured Fri, 13 Dec 2024
Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Akmar Natasha Gementar Berlakon Di Sisi Azrel Ismail

Ehem, kenapa nak nervous ni Akmar? By the way, teruskan sokong lagu Sendiri di Hot FM dan Kool FM okay!

error: Content is protected !!