Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 13, 2024 @ 3:49pm

Kapsyen IG Cetus Tanda Tanya, Alif Satar Nafi Sindir Mana-Mana Pihak – “Tak Ada Kena Mengena Dengan….”

Penyanyi dan pelakon Alif Satar tampil menafikan dirinya menyindir mana-mana pihak susulan perkongsiannya yang memberikan pesanan kepada kaum lelaki untuk tidak memainkan perasaan kaum wanita, baru-baru ini.

Terdahulu, Alif telah memuat naik fotonya bermain bola sepak berserta kapsyen yang mencetuskan tanda tanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

“Kau nak main sukan apa pun, kau mainlah.. Jangan main perasaan wanita je. Tak baik,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Terpanggil untuk mengulas perkara itu, Alif menyatakan kapsyen tersebut tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak.

Menurut Alif, kapsyen tersebut ditulis secara spontan kerana dia aktif dalam pelbagai sukan.

“Tak ada kena mengena dengan senario orang yang masih hidup ataupun yang telah mati. Tulis kapsyen Instagram je pun sebab saya main banyak sukan.

“Basikal, berenang, berlari, main tennis, main golf tetiba posting main bola. Saja-saja tulis kapsyen biar main bola tapi jangan main perasaan perempuan,” katanya.

Dalam pada itu, Alif turut menyatakan dia tidak pernah mengambil serius dengan setiap usikan netizen berkaitan sebarang kontroversi, sebaliknya menganggap mereka hanya sekadar menyakat.

“Tak ada. Netizen ni gurau kasar. Saya tak pernah ambil serious. Mereka suka menyakat,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: “Itu Bukan Gereja, Tapi Dewan Komuniti” – Alif Satar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Sep 2022
Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Featured Thu, 26 Jan 2023

Isteri Lan Solo Dedah Momen Tahun Pertama Berkahwin ‘Downgrade’ Hidup – “Pernah Korek Tabung Beli Pampers & Susu…”

Susah susah dahulu, senang senang kemudian kan ☺️☺️ Alhamdulillah, murah rezeki Lan sekeluarga

Trending Wed, 23 Dec 2020
Featured Tue, 14 Mar 2023

Syura Badron Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Alhamdulillah, sedap nama baby Syura 🥰🥰 Tahniah!

error: Content is protected !!