Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 13, 2024 @ 3:50pm

“Saya Menyanyi Kerana Bakat Yang Allah Bagi” – Siti Nurhaliza Tak Letak Had Umur ‘Berhenti’ Menyanyi

Meskipun berada pada kelasnya tersendiri, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan, dia tidak meletakkan had umur untuk menamatkan karier nyanyianya.

Menurutnya, selagi peluang dan cabaran terbentang dihadapan mata, dia akan sentiasa mahu belajar dan menghargai peluang yang ada.

“Kita ni dalam hidup, tak kisahlah kita ni penyanyi ke atau pekerja biasa ke, selagi kita melihat dihadapan kita ni banyak peluang dan cabaran kita akan sentiasa menjadi orang yang nak belajar lagi,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

Ketika ditemui XTRA, Siti berkongsi bahawa dia tidak akan selamanya berada di atas pentas, dan dia mempunyai matlamat hidup tentang apa yang bakal dilakukannya kelak.

“Dalam hidup saya ni pun kan, saya menyanyi kerana bakat Allah bagi.

“Saya mengetahui sampai satu masa saya takkan berada di atas pentas dan saya juga ada matlamat hidup saya juga… dihujung hari tu nak buat apa.

“Tapi, ini semua bakat daripada Allah, saya tak mampu lagi untuk beritahu saya berhenti di umur berapa,” ulasnya.

Penyanyi lagu Aku Cinta Pada Mu itu berkata demikian ketika ditemui ketika sesi latihan yang diadakan di Cranky Studio, Petaling Jaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada lebih memilih untuk membuat persembahan biasa ataupun konsert, Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tokti mengaku bahawa dia lebih memilih untuk mengadakan konsert kerana ia akan menguji kreativiti dan tahap fizikal mentalnya.

“Bila saya ditanya saya lebih enjoy buat show biasa ataupun konsert? Memanglah show biasa kita akan bawa 2 hingga 3 lagu then kita balik dah tak payah fikir apa-apa kan…  tapi saya lebih suka konsert.

“Kerana kalau kita buat konsert, disitu dia akan menguji fizikal mental saya. Saya akan jadi lebih kreatif, saya sentiasa nak cari idea-idea baru dan adrenalin saya memang untuk konsert.

“Saya suka sangat cabaran bila buat konsert. Sebab tu bila kata, tahun ni saya diberi rezeki untuk buat konsert besar, saya kata tak apa.. sebab saya bawa terus lah mood konsert Epitome,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai persiapan mentalnya menjelang dua konsert penting yang bakal berlangsung selepas ini, Siti menjelaskan untuk konsert Epitome lalu, persediannya memakan masa sehingga satu bulan termasuklah dari segi stamina dan  tarian.

“Ketika konsert Epitome lalu yang berlangsung tiga jam, saya buat persediaan selama sebulan dari segi stamina dan tarian.

“Selepas ini, saya akan ke Korea dahulu dan bila pulang nanti, saya akan buat persediaan untuk konsert di Singapura.

“Jadi, latihan mental dan fizikal saya ini memang berterusan. Saya pun dah mula latihan di gimnasium dan muay thai agar tahap kecergasan saya dapat dikekalkan “sehingga bulan Ogos nanti,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Thu, 7 Jul 2022
Featured Fri, 3 Nov 2023

“Ini Pemikiran Yang Kolot & Cetek!” – Faizal Tahir Kesal Netizen Persoal Strategi  Pejuang Palestin

“Strategi Allah yang paling terbaik, inshaa-Allah” -Faizal Tahir

Hiburan Sun, 17 Dec 2023
Featured Wed, 9 Jul 2025

“Reels & Video Islamik Adalah Sumber Kekuatan” – Neelofa

Mungkin boleh follow tips Lofa ni okay!

Featured Thu, 16 Aug 2018

KL Fashion Week 2018 Bagai Acara Untuk Selebriti, Bukannya Industri Fesyen

Standard KL Fashion Week ini sama saja seperti 6 tahun lalu.

Trending Wed, 27 Feb 2019

Pelanggan gunting beg Louis Viutton gara-gara berang dengan petugas butik itu. 

Jangan pandang pelanggan berselipar tak ada duit! Awas ya!

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Featured Wed, 7 Sep 2022

Dikatakan Trauma Akibat Dicabul Bapa, Sumber Dakwa Puteri Balqis & Ibu Hidap PTSD Selepas Jumpa Pakar Psikiatri

Semoga yang baik baik saja untuk Puteri Balqis dan ibu 🥲 Muda lagi dah terpaksa lalui kisah gelap yang sangat perit dalam hidupnya 🥺

error: Content is protected !!