Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 3, 2023 @ 4:24pm

“Ini Pemikiran Yang Kolot & Cetek!” – Faizal Tahir Kesal Netizen Persoal Strategi  Pejuang Palestin

Penyanyi, komposer dan aktivis kemanusiaan, Faizal Tahir memberikan pandangannya mengenai isu ‘panas’ yang dibincangkan baru-baru ini mengenai strategi yang digunakan pejuang Hamas sehingga ada pihak yang bertelagah.

Menurut Faizal, dia bukan sahaja kesal dengan tindakan sedemikian, malah tindakan mempertikaikan strategi perjuangan itu dianggap sebagai kolot dan cetek.

“Jangan persoalkan perjuangan pejuang menyerang negara haram itu. Ini satu pemikiran yang kolot dan cetek!

“Jangan kata pejuang itu tidak memikirkan golongan anak-anak dan orang tua. ini bukan startegi ke apa ini dah tertulis dalam undang-undang peperangan antara askar so pejuang ini tidak target civilian dan yanag target civilian adalah zionis. Kena ingat tu!

“Jadi, jangan mempersoalkan strategi pejuang Hamas itu,” katanya.

Perkara tersebut dikongsi pelantun lagu Sampai Syurga itu menerusi video pendek yang dikongsikan di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BERITA ALHIJRAH (@beritaalhijrah)

 

Selain itu, Faizal juga menegaskan kita tidak berada dalam situasi mereka dan paling penting sebagai manusia kena tahu mahu  berpihak di mana.

“Kita tidak berada in their shoes, kena tahu mereka ini adalah yang ditindas.

“Dan orang yang ditindas yang di pressure sekian lamanya, dia akan bangkit, membangun untuk mengambil hak dia. Kita pun bukan pakar sangat sebab perang ni, strategi ke apa, yang penting kita tahu mana pihak yang benar… doakan inshaa-Allah dari segi strategi ke apa, strategi Allah yang paling terbaik,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:Tampil Mohon Maaf Guna Bahasa ‘Kasar’, Sharnaaz Ahmad Nafi Berbalah Dengan Azhar Sulaiman – “Tak Nak Nampak Kurang Ajar”

Artikel Berkaitan: “Dah Main Kasar Ni!” – Tegur Sharnaaz Ahmad, Azhar Sulaiman Pertahan Netizen sokong Isu Pejuang Palestin-Israel

Artikel Berkaitan: Pertikai Strategi Perang Tentera Hamas, Sharnaaz Ahmad Bidas Azhar Sulaiman – “Kita Belum Tentu Mati Semulia Depa”

Artikel Berkaitan: “Lantak Kau Lah Bang! Aku Doa Kau Enjoy Dengan Perhatian Yang Kau Cari” – Puas Tegur Cara Baik, Sharnaaz Ahmad ‘Malas’ Layan Azhar Sulaiman Isu Palestin

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Boikot Produk Israel, Sharnaaz Ahmad Mohon Maaf Kepada Pekerja Premis Makanan – “Saya Tak Nak Menjawab Nanti Walau Sumbang RM1 Pun…”

 

Kredit Foto: Instagram, Al-Hijrah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 10 Aug 2020

Lagi Kluster PUI Sivagangga, Pulau Pinang Catat 3 Kes Positif Covid-19

Ambil berat tentang kesihatan korang gaisss!

Featured Sun, 6 May 2018

Jom Intai Rahsia Penjagaan Rambut Dan Solekan Diva No. 1 Negara, Siti Nurhaliza

Bercakap mengenai figura yang seorang ini, beliau dikagumi bukan kerana bakatnya saja tetapi juga kecantikannya yang all in one.

Hiburan Sat, 11 May 2024
Hiburan Fri, 10 Jan 2025
Hiburan Tue, 8 Jul 2025
Featured Mon, 28 Apr 2025

“Soalan Macam Budak Tak Ada Otak” – Ameera Khan Sekolahkan Netizen Tanya Soalan ‘Dah Sleep Dengan J’

Ameera Khan sekali lagi mencuri tumpuan selepas seorang pengguna media sosial tampil berani bertanyakan soalan sensitif melalui aplikasi Instagram “Ask Me Anything”.

Selebriti Tue, 15 Aug 2023
error: Content is protected !!