Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 14, 2024 @ 12:51pm

“Orang Tak Tengok Saat Kita Sabar, Tapi Tengok Saat Kita Kurang Ajar” – Kak KM

“Orang tak tengok saat kita sabar, tapi saat kita kurang ajar,” demikian kata usahawan terkenal Liana Rosli atau Kak KM yang lantang mengulas punca sesuatu hubungan itu menjadi hambar dalam kehidupan berpasangan.

Menurut Kak KM, sesebuah hubungan itu boleh rosak berpunca daripada sesuatu masalah yang tidak pernah diselesaikan dengan baik bersama pasangan.

“Apa puncanya satu-satu hubungan itu jadi hambar? Apa punca dia? Benda yang lama yang kita marah, kita tak selesaikan dengan partner kita. Dia yang buat lagi bangsatnya, dia buat tak tahu.

“Padahal kita dah update story berderet, marah maki. Yang mangsa pula, tak bodoh dan tak babi dia tahu benda tu untuk dia. Tapi dia buat tak tahu,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Kak KM berpendapat komunikasi dan tolak ansur itu penting dalam sesebuah hubungan bagi mengelakkan sesebuah pergaduhan itu berpanjangan.

Malah, usahawan itu turut menyatakan implikasi yang berkemungkinan akan berlaku sekiranya sesebuah konflik tersebut tidak diselesaikan sepenuhnya.

“Dalam hubungan, kalau nak buat bodoh (buat tak tahu) tu boleh, tapi bukan selamanya. Bila kita merajuk tapi kita pujuk balik hati kita sendiri, itu bahaya.

“Bila kita dah pulih dari apa yang kita merajuk tu, itu bahaya untuk pasangan kau sebenarnya sebab kita boleh pujuk diri kita sendiri sebab benda tu memang berat.

“Bila kita dapat pulihkan hati kita jiwa kita otak kita semua jadi okay, tak terkejut pun kalau kita boleh cari orang lain atau pun kita boleh buat tak tahu dengan pasangan kita.

“Bila benda kecil kita gaduh kau tak nak solvekan problem tu biar benda tu bertakuk dan bertahan bertahun, kau akan menyesal dengan benda tu. Tak kiralah untuk partner aku ke, partner kau ke,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liana Rosli (@lianarosli_official)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Mar 2021

Bayaran i-Sinar Dibuat Bermula 2 Mac 2021, Status TIDAK BERJAYA Perlu Mohon Semula Pada…

Bayaran telah dibuat bermula semalam, ahli yang tidak layak masih boleh mencuba!

Featured Fri, 4 Aug 2023

Cantiknya! Sambut Bachelorette Party, Fazura Titip Ucapan Istimewa Buat Mimi Lana

Wah, tak sabarnya nak tengok pengantin nanti💖💖💖

Trending Thu, 5 Apr 2018

Padah Minum Alkohol Buatan Sendiri

Sebanyak 16 kematian direkodkan sejak Isnin lalu di sekitar Jakarta manakala lapan kematian dilaporkan di Papua.

Featured Wed, 23 Mar 2022
Selebriti Wed, 4 Oct 2023

“Lelaki Yang Angkat Tangan Pada Wanita Itu Lemah!” – Lufya Omar

Tugas lelaki adalah untuk melindungi, mendidik dan provide kepada wanita

error: Content is protected !!