Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 4, 2018 @ 8:21am

Najib Razak Sudah Dibebaskan?

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dibebaskan apabila kedua-dua anaknya yang hadir ke Mahkmah telah membayar sebahagian daripada jaminan RM1 juta yang telah ditetapkan oleh pihak Mahkaman Tinggi hari ini.

Jaminan tersebut telah dibayar oleh Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib di sebuah bank dalam Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Walaubagaimana pun, kedua-dua anak Datuk Seri Najib Razak enggan ditemubual sebaik sahaja keluar dari bank berkenaan.

Terdahulu, Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta yang dikenakan terhadap Najib dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam. 

Selain itu, mahkamah juga membenarkan bahawa bayaran dibuat secara ansuran iaitu dibayar pada hari ini dan pada Isnin depan.

Najib dilihat telah meninggalkan perkarangan kompleks mahkamah dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire putih kira-kira jam 3.30 petang tadi. 

Untuk mengetahui berita lanjut, anda boleh saksikan Buletin Utama pada jam 8 malam nanti hanya di TV3 atau boleh saksikan catch-up TV hanya di tonton 

Sumber : BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Nov 2024

“Jangan Tegur Pelakon Baharu Sampai Memalukan Mereka” – Liza Abdullah

Liza Abdullah berpendapat pelakon senior perlu jaga air muka pendatang baru

Featured Sat, 5 Mar 2022
Trending Thu, 21 Jan 2021
Featured Wed, 6 Sep 2023
Hiburan Wed, 7 Jan 2026
error: Content is protected !!