Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 13, 2024 @ 6:50pm

Muaz Zabir Dakwa Terima Ancaman Dilarang Masuk Ke Singapura – “Saya Bukan Nak Cari Gaduh”   

Pelakon Muaz Zabir  mendakwa menerima beberapa ancaman termasuk dilarang memasuki negara jiran, Singapura susulan terpalit kontroversi menjalinkan hubungan dengan isteri kepada aktor, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.

Menurut laporan Berita Harian, Muaz mendakwa dia menerima ancaman tersebut melalui mesej ditinggalkan dalam media sosial peribadi miliknya.

“Ancaman diterima sentiasa ada. Antaranya saya terima mesej meminta tidak datang ke Singapura.

“Perkara itu memang ada, tapi saya lihat daripada sudut positif. Kalau saya datang untuk bekerja, tak ganggu sesiapa dan niat betul, insya-Allah, tiada apa-apa akan berlaku.

“Kita ada undang-undang dan perlembagaan. Kalau pergi ke sana untuk bekerja apa salahnya, saya bukan hendak cari gaduh.

“Saya tidak ingin membabitkan dua negara, tapi cuba untuk meneruskan kehidupan dengan cara terbaik,” dakwanya.

Pelakon drama Leha, Leya Lawa itu mengakui masih menerima cemuhan malah enggan mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Cemuhan masih ada, tapi saya tidaklah sampai tertekan atau ada keresahan keterlaluan. Takut itu ada, tapi Alhamdulillah boleh diuruskan.

“Saya tidaklah trauma, tapi ia memberi kesan juga dalam kehidupan saya. Setakat ini, saya tidak sampai tahap membuat laporan polis atau mengupah pengawal peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, Muaz turut mengakui isu tersebut sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dirinya dan keluarga namun tetap mengambil langkah berwaspada.

“Saya akan cuba berhati-hati di mana pun saya berada supaya boleh berwaspada. Sekarang banyak kes jenayah yang berlaku, jadi sekarang saya cuba jaga diri sendiri.

“Isu ini memberi impak besar dalam kehidupan saya dan keluarga. Apa pun tindakan selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

“Kita ini manusia yang kadang-kadang terleka dan tak sedar ada buat kesilapan. Saya juga minta tegur jika saya ada buat kesilapan.

“Insya-Allah, saya akan terus berusaha menjadi yang lebih baik dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

Saksikan Leha, Leya Lawa dengan memuat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk menikmati pengalaman penstriman premium iaitu strim secara HD di mana ia pasti memberikan keseronokan berganda kepada anda!

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan drama terbaharu Leha, Leya Lawa secara eksklusif di Tonton.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 8 Aug 2021

Kelonggaran Pergerakan 2 Dos Vaksin Bermula Selasa, Ini Senarai Kemudahan Penerima Vaksinasi Lengkap

Umum maklum, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran pergerakan buat mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap. Difahamkan, kesemua kemudahan ini akan berkuatkuasa bermula Selasa, 10 Ogos 2021 untuk negeri-negeri yang berada […]

Trending Tue, 14 Jul 2020
Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Luar Biasa…Kutipan Munafik 2 Berjaya Cecah RM 1 Juta Di Indonesia!

Atas sambutan yang luar biasa, Penerbit Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam memaklumkan jumlah panggung juga ditambah atas permintaan pemilik pawagam.

Featured Mon, 6 Mar 2023

Marsha Milan Rancang Buat Rawatan IVF, Dilema Perlu Berehat Dari Karier Seni

Rezeki ditangan Tuhan.. Kenapa Marsha dilema tu?

Featured Wed, 5 Jan 2022

Berang Dipanggil ‘Usher’, Jason Derulo Belasah 2 Individu

Penyanyi Hollywood, Jason Derulo, 32, dipercayai telah terlibat dalam pergaduhan membabitkan dua individu di hadapan sebuah kelab malam berdekatan ARIA Hotel dan Kasino di Las Vegas, Amerika Syarikat pada awal pagi Selasa. Memetik laporan E! […]

error: Content is protected !!