Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 15, 2024 @ 12:45pm

Menggamit Kenangan, Menjentik Emosi Dalam Konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana

Ibarat meraikan sambutan jubli perak penglibatan dalam industri hiburan, penyanyi Siti Nordiana menggamit kenangan peminat dalam konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Menghiburkan peminat dengan dendangan lagu-lagu menarik sejak menceburkan diri dalam dunia nyanyian sehinggalah lagu-lagu hit terkini, penyanyi yang disapa dengan nama Nana itu membawa penonton mengembara bermula tahun 1999 sehingga kini.

Menariknya, Zepp Kuala Lumpur dibanjiri oleh peminat pelbagai lapisan umur. Bukan sahaja mereka yang dewasa dan seusia dengan Nana, malah peminat muda serta mereka yang sudah berusia berpangkat mak cik dan nenek juga hadir meraikan malam penuh bermakna untuk penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini.

Emosi penonton juga dijentik dengan persembahan istimewa Nana. Tampil solo atas pentas, Nana mengajak peminat sama-sama berduet menyampaikan rangkaian lagu popular yang pernah menyerlahkan namanya bersama Allahyarham Achik Spin.

Dianjurkan oleh Icon Entertainment, Johan Shamsudin bertindak selaku Pengarah Muzik konsert ini dan ia diiringi pemuzik hebat iaitu Eddie Slam, Ujang Exists, Wan Gigi, Kabung, Rizal, Paang, Yuaz dan Eja.

Nana menyampaikan lagu popular seperti Tak Upaya Menangis Lagi, Seribu Setia, Pelukanmu, Cinta Hanya Sandaran, Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Kasihmu Seakan Berubah, Arah Cinta, Nisan Cinta, Angkata, Terus Mencintaimu dan Hatiku Milikmu.

Dalam segmen tradisional, Nana membawakan lagu Benang Emas, Zapin Pak Ngah Balik, Bakawali dan Joget Pilihan Jiwa manakala di segmen lagu-lagu duet, Nana menyampaikan lagu Tragedi Cinta, Resipi Berkasih, Gurauan Berkasih, Memori Berkasih dan Paling Comel dengan paduan suara hadirin.

Menyempurnakan hajat untuk mengadakan konsert sempena ulang tahun ke-25 dalam industri, semoga karier seni Nana terus bersinar dan dapat menghiburkan peminat di persembahan dan konsert akan datang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

‘If We Are Getting Old’, Hadiah Shila Untuk Suami

Lebih menarik, majlis resepsi ini turut memberi kejutan buat Shila dengan persembahan oleh kumpulan Ruffedge yang menyanyikan lagu Bila Rindu buat pasangan pengantin!

Trending Sun, 7 Jul 2019

Pemandu Bas Meninggal Bawa Penumpang Ke Pulau Pinang

Maut memang tidak kenal masa dalam perjalanan pun boleh meninggal

Featured Fri, 2 Jul 2021

Pergerakan 3 Orang Dalam Satu Kereta Dibenarkan

Penduduk yang tinggal di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang mempunyai urusan perubatan dan vaksinasi dibenarkan untuk melakukan pergerakan tiga individu dalam sebuah kenderaan. Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, […]

Hiburan Sat, 3 Nov 2018

#ASK2018: Terima Kasih Da’I Hamidah Atas Tajuk ‘Luar Biasa’

Tahniah buat semua team produksi Suhan Movie atas kemenangan besar malam tadi!

Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Bergabung, Meletup! Jalin Kolaborasi, Aliff Syukri Sambar Sally Whoo

Wah, Aliff Syukri bergabung dengan Sally Whoo!

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

《玩转全家福》大马三日黄金档累积票房135万令吉

贺岁电影《玩转全家福》大马三日黄金档累积票房135万令吉!丁仕昀盼开续集,打造玩转系列。

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

SINGLE KEDUA DSV LAGI VASSS?

Walaupun album pertamanya mendapat pujian dan kecaman daripada netizen namun, ia langsung tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memeriahkan industri hiburan tanah air.

error: Content is protected !!