Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal July 7, 2019 @ 10:33am

Pemandu Bas Meninggal Bawa Penumpang Ke Pulau Pinang

Seorang pemandu  bas ekspres meninggal dunia secara tiba-tiba semasa dalam perjalanan membawa 30 penumpang dari Shah Alam ke Pulau Pinang , awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata semasa kejadian, Johari Abdul Jalil, 57, dari Alor Setar berhenti sebentar di lorong kecemasan di Kilometer  284 Lebuhraya Utara Selatan, sebelum Plaza Tol Ipoh Selatan untuk membuang air kecil kira-kira pukul 3.30 pagi.

“Semasa itu, simati menjawab panggilan telefon sebelum tiba tiba jatuh dan  terbaring atas stering bas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari.

Menurut Mohd Ali,  penumpang dan pemandu kedua bas telah mengangkat membaringkan Johari di tempat duduk penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Plaza Tol Ipoh Selatan dan menghubungi pihak hospital untuk bantuan.

“Pegawai dari Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun yang tiba mengesahkan pemandu itu telah  meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat sakit jantung  dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Feb 2026

Shila Amzah Pilih Hidup Sederhana, Mahu Bebas Hutang & Nekad Henti Tabiat Berbelanja Secara Tak Terkawal

Penyanyi popular, Shila Amzah berazam untuk memulakan tabiat gaya hidup sederhana  dan bebas daripada hutang.

Featured Sat, 27 Jul 2024
#LaguXTRA Thu, 20 Jul 2023
Trending Thu, 17 May 2018

Budak Lelaki Ini Tidur Di Atas Tingkap

‘Rimas’ Dimarah Bapa Kerana Malas, Budak Lelaki Ini Ambil Keputusan Untuk Tidur Di Atas Tingkap

error: Content is protected !!