Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 17, 2024 @ 3:09pm

Fathia Latiff Mengaku Hidap Skizofrenia… Netizen Titip Kata-Kata Semangat

Pelakon sensasi, Fathia Latiff mengejutkan ramai selepas mendedahkan dirinya menghidap penyakit skizofrenia.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fathia memuat naik sebuah foto bersama ibunya, Badriyah Hassan serta menulis ucapan ringkas sempena sambutan hari ulang tahun kepada insan istimewa yang dipanggil ‘Ma’ (mama).

Kata Fathia, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menyusahkan mana-mana pihak dengan penyakit skizofrenia itu.

Namun begitu, Fathia berjanji akan menjaga dirinya dengan lebih baik supaya dia dan ibunya dapat meluangkan masa bersama semula.

“Saya minta maaf sudah membebankan Ma dengan penyakit skizofrenia. Bukan niat saya untuk menyusahkan sesiapa.

“Saya berjanji akan menjaga diri sendiri dan menjadi lebih baik dari sebelumnya supaya kita boleh meluangkan masa bersama seperti selalu,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu, Fathia mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang telah menjaga dan mendidiknya.

“Gambar ini diambil ketika berusia 23 tahun dan segalanya berjalan dengan lancar. Tak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat hari jadi kepada ibu yang paling menakjubkan.

“Terima kasih kerana mengajar saya sains dan grammar, menjaga dan melindungi saya yang tentunya bukan satu tugas yang mudah sebab saya seorang budak nakal.

“Walaupun ibu saya garang, tapi dia berjaya mendidik saya,” tulisnya.

Fathia Latiff

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menitipkan doa agar Fathia kembali sihat dan sembuh daripada penyakit skizofrenia itu.

Sebelum ini, Fathia mencetuskan spekulasi apabila dia berkongsi sebuah foto dipercayai bersama ‘anak ikan’ di IG mililnya.

Bukan itu sahaja, aktres drama rantaian Ariana Rose ini turut mengejutkan ramai apabila dia memuat naik video menari dan bergelek.

Artikel Berkaitan: Makin Parah!? Selamba Bergelek & Tayang Pungg*ng Di IG, Fathia Latiff Digelar Britney Spears Malaysia

Artikel Berkaitan: “Just Go Away! Nak Nasihat Boleh Tapi Jangan Hina” – Fathia Latiff Bengang, Suruh Netizen Dengar Ceramah Agama

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Kongsi Gambar Peluk Dengan Anak Ikan? Netizen Komen: “Dia Ni Jenis Sauk Je Ke?”

Artikel Berkaitan: Penampilan & Wajah Kena Kecam… Che Ta Simpati, Pertahankan Fathia Latiff – “Tak Baik, Janganlah Face Shaming”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Oct 2020
Featured Thu, 8 May 2025

Lanjut Tayangan Filem 6 Jilake Di Pawagam… Amerul Affendi Berpuas Hati: “Terima Kasih Memahami Penonton Kita”

Tindakannya itu bukan mahu menuding jari tetapi prihatin terhadap slot tayangan filem tempatan.

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

BERMULA DENGAN SEMBAHYANG, KEMUDIAN BERHIJAB OKAY? – AMEERA KHAN

Ameera telah menerima beberapa komen balas dari netizen yang secara langsung menimbulkan kemarahan Ameera di laman Twitter nya itu.

Hiburan Tue, 29 Jul 2025

Hafiz Suip Sahkan Sudah Bercerai 29 Mei Lalu – “Anak-Anak Di Bawah Jagaan Ibu Mereka”

Hafiz Suip bercerai talak satu dengan Nureffy Jasreel Abdullah di Mahkamah Syariah Shah Alam.

Trending Tue, 10 Apr 2018

Pilihan Raya Umum Jatuh Pada 9 Mei Ini!

Pengumuman ini telah diumumkan oleh Tan Sri, Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Pilhan Raya Malaysia sebentar tadi

Trending Sat, 25 Sep 2021

Tawar Hadiah RM10,000 & Kereta Myvi, Jangan Lupa Saksikan Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit!

Kempen yang ditampilkan oleh Hot FM yang telah bermula sejak awal September lalu, kini telah tiba ke kemuncaknya. Saksikan Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit pada 25 September ini, bermula jam 3 petang ini. […]

Featured Wed, 9 Nov 2022
error: Content is protected !!