Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 18, 2024 @ 12:39pm

“Bersatulah Ke Arah Yang Betul” – Mimi Lana

Pelakon Mimi Lana tampil memberikan respons berkenaan gerakan Blockout 2024 yang kini kian menjadi tumpuan dalam kalangan warganet.

Menurut Mimi, dia yakin bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang bersolidariti terhadap rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Mimi bagaimanapun berharap agar gerakan tersebut berjaya menumbangkan jenama-jenama terkemuka yang terlibat secara langsung menyokong Zionis.

”Benda ni dah berlaku lama. Saya aware dengan kempen Blockout. Bagi saya, sebagai rakyat Malaysia saya rasa semua orang aware dengar isu ni dan saya rasa semua orang berpihak kepada Palestin.

“Dan saya sokong 100 peratus kalaulah benda ni dapat membantu ataupun dapat memberi tekanan kepada brand-brand yang terang-terangan memberi sokongan dan sumbangan kepada Israel untuk buat benda tu,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Mimi ketika ditemui di majlis tayang perdana filem The Experts, di Sunway Velocity, malam tadi.

Dalam pada itu, Mimi turut menegaskan agar seluruh rakyah Malaysia bersatu hati dan menjalankan gerakan tersebut dengan baik selari dengan tujuan asalnya

“Tapi janganlah kita bawa isu ni sampai kita berpecah belah. Kita kena tahu apa misi kita apa, kenapa kita buat benda ni?

“Kita kena bersatu sama-sama untuk bantu mereka sebab kita tahu benda ni dah dekat hujung-hujung. Mereka perlukan suara kita. Jadi bersatulah ke arah yang betul,” jelasnya.

Terdahulu, rata-rata selebriti dan pempengaruh tanah air yang menjadi wajah atau alat pemasaran bagi jenama terkemuka Pro-Israel telah dikecam teruk oleh sesetengah netizen.

Perkara itu sekali gus membawa kepada kekecohan lebih-lebih lagi ada pihak yang sanggup mengugut dan mengancam keselamatan artis yang tersenarai dalam gerakan tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 9 Jun 2020
Hiburan Tue, 12 Aug 2025

Rezeki Sentiasa Mengalir, Mira Filzah Berhabis RM8,000 Sebulan Suka Belanja Makanan Di Set Penggambaran

Mira Filzah murah rezeki, belanja makanan di set penggambaran cecah RM8,000!

Featured Thu, 29 Jan 2026

Aktor Popular Berusia 40-an Direman 3 Hari, Bantu Siasatan Kes Dadah

Pelakon lelaki tersebut kini ditahan selama 3 hari sehingga esok.

Featured Thu, 23 Sep 2021

BKC Fasa 2: Semakan Status, Tarikh Rasmi, Jumlah Bayaran & Senarai Bantuan Khas Kerajaan Yang Layak Diterima

Umum maklum Bantuan Khas Covid-19 fasa pertama telah dikreditkan pada 6 Semptember lalu. Namun begitu, masih terdapat segelintir yang gagal permohonan dalam BKC Fasa 1. Justeru, ramai yang berasa lega apabila kerajaan mengumumkan akan melanjutkan […]

Trending Fri, 15 Feb 2019

Dicabar Bumi Sebenarnya Sfera, Dr Sheikh Muszaphar Tampil Dengan Penjelasan Padu!

Bentuknya bukan seperti bola, lebih seperti telur. Setiap orang harus ke angkasa lepas jika diberi peluang…

error: Content is protected !!