Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 20, 2024 @ 2:37pm

Singgah Makkah Dari London Untuk Beli Perfume, Ryzal Ibrahim Tak Sempat Tunai Umrah… Kongsi Jawapan Ustaz Soal Tawaf – “Ada 30 Minit Saja”

Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berkongsi momen dirinya ‘singgah’ ke Makkah dari London untuk membeli minyak wangi di Clock Tower.

Menerusi video di Instagram, Ryzal berkata dia sudah mempunyai niat untuk menunaikan Umrah namun tidak sempat akibat kekangan masa.

Jelas Ryzal, dia perlu berada di Lapangan Terbang Jeddah pada jam satu untuk menaiki pesawat ke Kuala Lumpur pada jam tiga.

“Saya sekarang berada di Jeddah, dalam perjalaan nak ke Makkah untuk beli perfume di Clock Tower. Saya tak boleh lupa perfume tu.

“Jam sekarang pukul 9, saya kena ada di airport semula pukul 1.

“Datang lagi Makkah daripada London, nak buat Umrah tak sempat.

“Saya datang Makkah, untuk beli perfume je. 30 minit je ada masa. Tak sempat nak masuk dalam sebab tak cukup masa.

“Niat dah ada nak buat Umrah, sembilan jam sepatutnya cukup nak buat Umrah tapi disebabkan Allah tak izinkan, maka tak jadi.

“Semuanya atas izin Allah,” katanya.

Berdasarkan ruangan komen hantaran tersebut, Ryzal berkongsi jawapan daripada Ustaz mengenai tawaf selepas ada segelintir netizen yang mempertikaikan selebriti ini sekurangnya perlu melakukan tawaf selamat datang.

“Jawpan dari Ustaz, ‘Orang masuk ke Makkah dgn berbagai tujuan.

“Jika tujuan :
1. Umrah, wajib niat ihram di miqat.
2. Jika niat berniaga, sunat tawaf qudum jika sempat. Wajib tawaf wada’ jika tiada halangan.
3. Menghantar penumpang dan org sakit.
(Kerja harian) Sunat tawaf qudum.
4. Ziarah saudara mara, sunat tawaf qudum,. Wajib tawaf wada’ jika tiada keuzuran.

“Kes dia (Ryzal) ni, sunat tawaf quaum jika dapat. Wajib tawaf wada’ jika sempat. Kalau dah ada setengah jam je. Apa yg sempat,” tulisnya.

Ryzal Ibrahim

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Didenda RM10,000 Hina Pakaian Tradisional Kaum Iban

Artikel Berkaitan: “Kalau Bin*t*ng Memang Tak Pandai Baca”- Dituduh Riyak & Berlagak, Ryzal Ibrahim Tampil Beri Respons Padu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Sep 2021

“Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa Dedah Aib Ebit Lew

Isu video tular melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) mendapat perhatian warganet yang mempunyai pelbagai pandangan. Terbaharu, sebuah video yang dikongsi oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong bersama penganalisis jenayah terkemuka, Kamal Affandi di laman […]

Trending Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Persis Bidadari, Fazura Makin Cantik Dalam Koleksi Busana Infinence

Dalam perkembangan lain, Fazura turut memberitahu beliau bakal masuk ke set penggambaran filem bersama produksi Indonesia.

Contest Sun, 14 Jul 2019

#ICSYVMYSuaraSiapaTu Minggu Ini Lebih Mencabar?

Saksikan #ICSYVMYSuaraSiapaTu Ahad ini, jam 9 malam okay!

Featured Wed, 4 Jan 2023

Syafiqah Aina Hadiahkan Hafiz Mahamad Ferrari, Mahu Kereta Beri Manfaat Kepada Orang Ramai – “New Year & This Is For You!”

Pada permulaan tahun baru, usahawan kecantikan dan pempengaruh, Syafiqah Aina menghadiahkan suami tercintanya, Hafiz Mahamad sebuah kereta Ferrari berwarna merah. Menerusi perkongsian tersebut, Aina menyerahkan kunci serta merakam reaksi suaminya ketika mendapat kejutan dan hadiah […]

Trending Sat, 16 Feb 2019

Muncung Pesawat Delta Menjunam Dari Ketinggian 34,000 Kaki

Tak terkata-kata penumpang didalam penerbangan mengucap syukur apabila selamat mendarat walaupun dalam keadaan cemas

Events Sun, 11 Nov 2018

Bii毕书尽:马来西亚是我第3个家!

睽违两年在大马开唱的Bii毕书尽,直言大马是他的第3个家,一路陪伴他成长!

Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Didakwa Mereka Cerita, Kakak Umisya Mazlan Tampil Bersuara – “Apa Adik Saya Kata Semua Sahih & Ada Bukti”

Abby seakan tidak memerlukan sebarang bukti sebaliknya mempersoalkan mengapa isu tersebut dibangkitkan dan dikaitkan semula selepas dua tahun. 

error: Content is protected !!