Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari May 20, 2024 @ 3:53pm

Kes Kemalangan Maut, Tajul Hadir Ke Balai Polis Beri Keterangan?

Penyanyi Tajul Ariff dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kemalangan maut.

Memetik laporan Harian Metro, kes kemalangan tersebut melibatkan anak kepada Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama), Ayob Abdul Majid iaitu Allahyarham Megat Muhammad Thaqief, 24, yang dipercayai berlaku di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada malam 24 April lalu.

Malah, Tajul, 26, turut memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan dirinya berada di IPD dengan meletakkan kapsyen ringkas.

“Semoga dipermudahkan semua urusan Tajul. Dari hari pertama sampai hari ini tak pernah lepas tangan bantu siasatan,” tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan Ayob memohon seorang artis lelaki supaya tampil memberi kerjasama dengan pihak polis bagi membantu menyelesaikan kes terbabit.

“Kehadirannya amat penting bagi memberikan fakta-fakta untuk melengkapkan siasatan kes kemalangan maut ini,” ujarnya.

Untuk makluman, Megat kemalangan sehingga meragut nyawa ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi pada malam kejadian.

Kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta dipandu oleh seorang wanita berhenti mengejut dan mengubah laluan dan Allahyarham tidak sempat untuk mengelak lalu melanggar kereta berkenaan.

Megat yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan leher dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan disahkan telah meninggal dunia.

Kata Ayob lagi, Tajul antara individu yang bersama Megat menunggang motosikal sebelum kemalangan menerusi perbualan bersama anak saudaranya (sepupu Megat).

Namun begitu, Tajul didakwa enggan memberi kerjasama kerana risau dipandang negatif susulan terlibat dengan insiden itu.

Jenazah Allahyarham Megat Muhammad Thaqief disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Mar 2024
Featured Mon, 5 May 2025

“Saya Tak Give Up Untuk Selamatkan Rumah Tangga Saya” – Edika Yusof Mahu Rujuk Semula?

Meskipun sudah sah bercerai dengan talak satu, pelakon Edika Yusof menyatakan hasrat mahu rujuk semula bersama isterinya, Nor Hidayah Yusri dalam tempoh iddah. Bagaimanapun, Edika berkata, ia bergantung kepada keputusan isterinya sama ada mahu rujuk […]

Featured Thu, 25 May 2023
Hiburan Fri, 12 Sep 2025
Featured Sat, 1 Nov 2025
error: Content is protected !!