Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi May 21, 2024 @ 1:18pm

Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak: Beri Alasan Lapar & Jauh Dari Nozel Minyak, 4 Individu Didenda RM500 Seorang 

Empat individu termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain apabila memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak.

“Tak tahu ke bahaya masak di stesen minyak kemudian muat naik di media sosial pula,” soal Majistret Nadratun Naiem Zainan.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24; Nur Anis Salleh, 24; dan Nur Azira Azman, 23, pada 12 Mei lebih kurang jam 1.30 pagi didakwa memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Taman Cendawan, Genting Highlands, yang merupakan satu perbuatan sebegitu gopoh hingga membahayakan keselamatan diri orang lain.

Nadratun turut mempersoalkan bagaimana timbulnya idea memasak di kawasan terbabit.

Nurfatin memberitahu perbuatan itu dilakukan secara rawak dan memberikan alasan lapar selain mereka kesemua mengakui kesilapan yang dilakukan.

Fadhli juga mengakui mereka merancang untuk memasak di tempat lain tapi sudah penuh dan mendakwa kawasan memasak ketika itu jauh dari nozel minyak.

Kesemua tertuduh disabitkan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda hingga RM500 atau kedua-duanya.

Ketika proses rayuan, kesemua tertuduh memohon denda yang rendah dan masing-masing memberikan alasan masih menanggung kedua ibu bapa, adik beradik serta mengakui kesalahan kali pertama yang dilakukan mereka.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid meminta hukuman setimpal diberikan kepada kesemua tertuduh sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.

“Ini kerana kejadian berkenaan telah menarik perhatian awam dan menimbulkan persepsi dan kontroversi negatif kepada masyarakat,” katanya lagi.

Nadratun kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM500 seorang dan tiga hari penjara jika denda gagal dijelaskan.

Kesemua tertuduh menjelaskan denda masing-masing.

Terdahulu tular di media sosial sekumpulan lelaki dan wanita memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih dan menjamu selera di perkarangan stesen berkenaan.

Rakaman dipercayai dibuat sendiri rakan mereka itu, dikecam warganet kerana perbuatan itu boleh mengundang bahaya kerana stesen minyak adalah kawasan berisiko dan mudah terbakar.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 17 Jan 2018

MENARIK! ELEMEN FESYEN DALAM TROFI AJL32?

Dengan tema Fesyen Dan Muzik. Evolusi Ekspresi dan Identiti bakal menampilkan sebanyak 12 lagu terbaik sepanjang tahun 2017

Featured Thu, 16 Jun 2022

“Saya Rasa Saya Dengan Dia…”- Didakwa Jahanamkan Hidup Fizi Ali, Ini Respons Shakilla Khoriri

Selepas dikatakan ‘naik hantu’ dengan bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri, penyampai radio Fizi Ali membuatkan netizen terus berteka-teki mengenai masalah yang dihadapi mereka. Membuat dakwaan terbabit di ruangan Instagram Story, Fizi berkata dia menghormati Shakilla […]

Featured Tue, 5 Apr 2022
Featured Fri, 23 Dec 2022

Ibu Fatimah Omar The Family UK Kesal Suami Difitnah Kahwin Dua – “Saya Bukan Anti-Poligami, Cuma…”

Allah, kesiannya. Sebab tu la pentingnya english education 😵‍💫 Luahan perasan isteri yang menghargai suami jadi salah faham ramai pula… Hmm

Featured Thu, 18 Dec 2025

Neera Azizi Mohon Maaf Buat ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah – “Tanpa Sedar Kaedah Kami Kurang Beradab”

Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tindakan melakukan ‘gender reveal’ dihadapan Kaabah seperti yang tular baru-baru ini.

Featured Thu, 23 Apr 2026

“Duit Tu Untuk Fakir Miskin Kau Sakau Apa Hal” – Aliff Syukri

Aliff Syukri menyatakan kemarahannya mengenai penyelewengan dana zakat berjumlah ratusan ribu ringgit babitkan NGO

error: Content is protected !!