Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi May 21, 2024 @ 6:02pm

Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak: Michael Ang Tak Puas Hati Denda Hanya RM500 Seorang, Mohon PMX Semak Semula Hukuman – “B*ruk- B*ruk Ni Kena Ajar Sikit” 

Pengarah Michael Ang meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila empat individu dikenakan denda RM500 oleh mahkamah susulan kesalahan memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini.

Mahkamah Bentong hari ini menjatuhkan hukuman denda RM500 seorang dan tiga hari penjara jika denda gagal dijelaskan terhadap empat individu iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24; Nur Anis Salleh, 24; dan Nur Azira Azman, 23.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak: Beri Alasan Lapar & Jauh Dari Nozel Minyak, 4 Individu Didenda RM500 Seorang 

Michael dalam perkongsian di Instagram (IG) menyifatkan denda tersebut tidak setimpal dan tidak adil kerana kesalahan tersebut melibatkan nyawa orang awam.

“Orang miskin curi pampers untuk anak kena jail! Beruk-beruk bodoh masak kat petrol station kena 500 saja. So unfair!

“Kalau aku hakim takkan tak boleh bezakan orang yang terdesak dan terpaksa mencuri dengan beruk-beruk Honda tak berotak tergedik-gedik pergi masak kat petrol station yang boleh bahayakan hidup orang lain! Ni Mesti something fishy! 500 Ringgit only?

“Kalau 5,000 seorang ok la juga! Ok now jom kempen suruh @petron malaysia pula saman beruk-beruk ni untuk kecuaian mereka. Beruk-beruk Malaysia ni kena ajar sikit!,” luahnya kecewa.

Kecewa dengan keputusan tersebut, pengarah tersebut turut memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyemak semula hukuman yang dijatuhkan kepada empat individu tersebut.

“Hi PM @anwaribrahim_my I think u perlu tengok balik hukuman yang diberi pada beruk-beruk yang masak kat pump station tu.

“They should be made as an example pada rakyat Malaysia. Jangan nak buat benda sesuka hati tanpa menguna akal fikiran. Tetapi dengan hukuman diberikan itu. I am sure rakyat Malaysia akan fikir itu saja….jom bakar lemang kat petron!

“Dear PM takkan hisap rokok kat petrol station 5,000 but masak dengan gas yang berapi macam tu 500 saja, tak masuk akal la dear PM.

“Takkan wanita asnaf curi pampers untuk anak dihukum penjara. Yang benda bodoh dan tak berotak dan tak fikirkan nyawa org lain 500 saja. Let’s make Malaysia penuh dengan orang berotak dan bersivik! U can do it PM! In you I trust!,” tutupnya.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Nov 2018

’Maafkan Saya Uncle Zaibo, Terima Kasih Atas Segalanya’ -Wardina Saffiyah

Wardina dan Zaibo pernah berganding menerusi sitkom Spanar Jaya pada tahun 1999- 2005.

Featured Sat, 1 Mar 2025

Wanita Warga Jepun Ditemui Maut Terjatuh Dari Tingkat 4 Kondominium

Kes ini disiasat sebagai laporan mati mengejut.

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Cabaran Anuar Zain Berdepan BCL Dan Yuka

Bagi penyanyi A-List ini, dia dan dua lagi penyanyi yang popular di negara Indonesia itu perlu memilih lagu mengikut kesesuaian vokal mereka memandangkan ini adalah kali pertama mereka bekerjasama

Hiburan Sat, 28 Aug 2021

“Bukan Nak Berahsia, Tapi…” – Syafiq Farhain Mengaku Sudah Ada Teman Istimewa

Penyanyi Syafiq Farhain atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain A M Salim, 27, mengakui sudah mempunyai teman istimewa yang menghuni hatinya. Namun begitu, anggota bomba ini enggan mengulas lebih lanjut mengenai gadis yang menjadi pilihannya. “Sejujurnya, […]

Featured Tue, 12 Oct 2021

“Terharu Sampai Bergenang Air Mata” – Ini Reaksi Fazura Bila Lihat Peminat Sarung…

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Perniagaan hijab yang diusahakan oleh aktres dan usahawan jelita, Nur Fazura semakin berkembang maju. Buktinya adalah apabila setiap Fazura melancarkan koleksi terbaharu tudungnya, pasti terus […]

Figura Mon, 8 Jan 2024

Najib Mahu Filem ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang Di Malaysia

Filem Man On The Run ditayangkan di Netflix sejak Oktober lalu

Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Fri, 16 Aug 2024
error: Content is protected !!