Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 22, 2024 @ 5:16am

[VIDEO] Hangus Dijilat Api! Rumah Anak Amir UK’s Terbakar… Alami Kerugian RM200,000

Rumah dua tingkat milik anak kepada penyanyi Amir UK’s, Mohd Aliff Naim Mohd Azmir yang terletak di Taman Mewah, Kajang hangus dijilat api.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Sabtu minggu lalu, bahagian tingkat atas kediaman terbabit hangus dan tiada satu barang pun yang sempat diselamatkan.

Menurut isteri kepada Aliff, Nur Farhana Nor Afandi, api tidak sempat merebak ke tingkat bawah namun kesan tersebut menyebabkan banyak peralatan rumah tidak dapat digunakan lagi.

“Insiden kebakaran pada pukul 9 malam menyebabkan kerugian sebanyak RM200,000. Kami mula sedar apabila dua orang anak saya melihat bilik tingkat atas yang dijadikan stor terbakar. Bayangkan api merebak dengan pantas ke bilik-bilik lain.

“Saya, suami dan bayi yang ketika itu di tingkat bawah sedang menonton televisyen terus bergegas membawa anak-anak keluar. Tiada apa pun barang yang dapat kami selamatkan melainkan telefon bimbit.

“Sebaik sahaja kami keluar rumah, api merebak ke bilik sebelah dan meletup disebabkan gas penghawa dingin di bilik itu. Situasi ini menyebabkan semua semua bilik bahagian atas hangus,” ujarnya.

Kini, Farhana dan keluarga terpaksa menumpang di rumah bapa saudara selain berikhtiar untuk membaik pulih rumah tersebut namun kos yang besar agak merumitkan keadaan.

Dalam masa yang sama, Farhana dan suami sedang mencari rumah sewa berhampiran kediaman mereka yang terbakar bagi memudahkan urusan membersihkan rumah dan proses baik pulih kelak.

Bagi ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB, 7016032125 (Nur Farhana Nor Afandi).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

Mawar Rashid Tidak Pilih Watak

Walaupun hanya memegang watak sampingan dalam drama Raisha 2 pada kali ini, nampaknya Mawar Rashid tetap memberikan yang terbaik buat peminat-peminatnya.

Featured Tue, 8 Jul 2025

Uyaina Arshad Tegur Tindakan Netizen ‘Kaki Buli’ – “Behaviour Ni Accepted Ke Di Tahun 2025?”

Uyaina bagiamanapun menegaskan, netizen mempunyai hak masing-maisng.

Trending Mon, 13 Apr 2026

Beralih Hobi Tanam Sayur, Amyra Rosli Syukur Amar Baharin Lebih Gembira – “Macam-Macam Sayur Dia Tanam, Ada Pegaga, Kobis, Ulam Raja…”

Pelakon dan pengacara Nona TV3, Amyra Rosli berkongsi honi terkini suaminya yang juga pelakon, Amar Baharin.

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Aretha Franklin Meninggal Dunia

Kesihatan penyanyi itu dilaporkan merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan semalam keadaan mendiang bertambah teruk dan dilaporkan hanya menunggu masa.

Featured Tue, 18 Jul 2023
Featured Fri, 24 Dec 2021

“Sekurang-Kurangnya Dapat Tolong Mereka” – Mat Salleh Turut Serta Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan dua orang mat salleh turut membantu dalam misi membersihkan rumah mangsa banjir. Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @ryanmahowlett, berkongsi […]

Trending Wed, 21 Aug 2019

开心玩过山车!没想到半空中被「巨鸟打脸」

一名女子在搭乘过山车时,没想到就在列车卡在最高点准备俯冲时,居然飞出一支朱鹭……

error: Content is protected !!