Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 27, 2024 @ 8:43pm

[VIDEO] Isu Tidak Dikenali Oleh SMDX, Dolla Tak Terasa Hati… Terbuka Untuk Jalin Kolaborasi – “Perkara Tu Remeh, Jadi Jangan Gaduh”

Penyanyi kumpulan wanita terkenal, Dolla tidak terkecil hati terhadap salah seorang anggota kumpulan wanita baharu, SMDX atau Sumandax iaitu Ella Thong dari Sabah yang mengakui tidak mengenali mereka dalam satu siaran langsung, baru-baru ini.

Mewakili Dolla, Sabronzo menganggap isu tersebut sesuatu perkara kecil dan tidak perlu dibesarkan, malah turut memberi semangat untuk terus mencipta lagu baharu demi mencapai peminat yang lebih ramai.

“Kami tahu mengenai isu tersebut di platform X dan TikTok. Pada pendapat saya, isu ini kecil dan remeh saja, jadi tak perlu nak diperbesarkan.

“Sejujurnya, Dolla okay saja dengan isu tersebut. Kami pun tak beranggapan bahawa semua satu Malaysia kenal siapa Dolla, belum capai ke arah itu.

“It’s totally fine kalau orang tak kenal Dolla sebab tu kami keluarkan lagi banyak lagu, buat content dan adakan konsert ini dengan harapan kami akan dapat capai lebih banyak pendengar dan penyokong,” katanya.

Dalam masa yang sama, Tabby turut sempat memberi nasihat dan menunjukkan tanda sokongan kepada Ella Thong agar dia dan ahli kumpulan SMDX yang lain dapat mempelajari banyak perkara serta berjaya dalam industri ini.

“Pada pandangan kami, tak mengapa. Dia masih sangat baharu dalam industri seni ini.

“Kami berharap dalam masa akan datang dia akan belajar lebih banyak.. dan semoga dia berjaya dalam bidang diceburi itu.

“Dolla sangat memberi sokongan kepada pendatang ahli kumpulan baharu baik wanita ataupun lelaki…

“Jangan risau, perkara dah terjadi dan All the best!,” kata Tabby.

Dolla

Dolla berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert DOLLA Re:Birth The Experience di ibu kota, sebentar tadi.

Sementara itu, Sabronzo turut meluahkan rasa terharu dan bersyukur apabila peminat mereka, iDollas tampil mempertahankan mereka saat isu tersebut berlaku.

“Kami tahu peminat iDollas sangat passionate dan sangat protective of us which we appreciate and of course love them so much.

“Tapi tak apa, jangan gaduh-gaduh semua. Kita spread love saja. Industri seni kita ni kecil saja, susah nak grow. The last thing we need is bergaduh jadi beri sokongan saja,” kata Sabronzo.

Dolla
Mengulas isu sama, Tabby bagaimanapun berkata semua pihak mempunyai pendapat masing-masing dalam isu tersebut.

“Ada banyak lagi perkara yang kita boleh memberi tumpuan. Sejujurnya, kami sangat menghormati pendapat peminat sebab setiap daripada mereka mempunyai hak untuk memberi pandangan,” katanya.

Malah, Dolla berkata mereka sangat terbuka untuk menjalani kerjasama dengan SMDX sekiranya ada peluang tersebut.

Konsert DOLLA bakal berlangsung pada 3 Ogos 2024, Sabtu di Zepp Kuala Lumpur. Tiket boleh dibeli di www.hitmanlive.combermula 30 Mei 2024 (Khamis).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Mar 2020

[TERKINI] Pesawat Bawa Pasukan Perubatan Perangi Covid-19 Meletup, 8 Maut

Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat

Featured Wed, 11 Jan 2023
Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Trending Tue, 10 Apr 2018

Employers are NOT Required to Give Employees Day Off on May 9th

So, does this mean we need to take an annual leave to vote?

Hiburan Thu, 18 Jan 2018

邓紫棋13岁选秀旧片!只唱23秒就被「叮」

16岁出道的邓紫棋就横扫各大音乐新人奖,有「铁肺女王」之称的她,原来13岁就开始参加选秀,且用本名邓诗颖(Gloria)。当时的她还有一张稚气模样相当可爱,不过她才开口演唱没几秒钟,评审就马上「叮」一声保送决赛。

Featured Thu, 27 Jun 2024
Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Nak Simpan…Simpanlah, Saya Dah Move On – Zul Ariffin

“ Saya tak mahu tuduh sesiapa dalam hal ini. Apapun, saya sudah ‘move on’ (lupakan) dengan isu itu dan mahu lebih fokus kepada kerja. Baguslah kalau begitu, fokus kepada benda lebih berfaedah!

error: Content is protected !!