Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana May 28, 2024 @ 2:24pm

Haidar Hasanudin Dedah Pernah Dilamar Menjadi Anak Ikan – “Dia Offer Saya RM 50,000 & Kereta”

Biarpun sedang mencipta nama dalam industri, pelakon meningkat naik Haidar Hasanudin mendedahkan yang beliau pernah ditawarkan dengan kehidupan mewah oleh peminat wanita misteri.

Menurut pelakon Kampung People Musim 3 itu, pada awalnya dia hanya menganggap wanita berstatus ‘mak datin’ itu sekadar peminatnya, namun tidak menyangka wanita terbabit mahu menawarkannya wang sejumlah RM 50,000.

“Semuanya bermula ketika saya membawakan watak ‘anak ikan’ bernama Arjuna dalam drama bersiri Layang Layang Perkahwinan. Ketika drama itu ditayangkan, dia mengikuti saya di Instagram dan sering menghantar mesej langsung (DM).

“Pada awalnya, dia memberikan komen mengenai drama terbabit. Lama kelamaan, keadaan menjadi semakin pelik kerana dia mula bercakap soal peribadi dan sebagainya.

“Saya mula terkejut kerana dia menawarkan kemewahan seperti wang tunai bernilai RM 50,000 serta kereta sebagai hadiah, asalkan saya mahu menjadi teman rapatnya” jelas Haidar.

Haidar yang ditemui XTRA dalam sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur baru-baru ini bagaimanapun tidak melayan tawaran wanita terbabit sebaliknya mahu fokus dalam membina kerjayanya sebagai pelakon.

“Kalau nak fikir kesenangan, mungkin saya ambil dan terima tawaran tersebut. Tetapi saya tak mahu apa yang saya usahakan selama ini tidak membuahkan hasil.

“Penyebab utama saya berlakon adalah kerana ini minat saya, bukannya wang ringgit,” katanya lagi.

Enggan pisang berbuah dua kali, Haidar menjelaskan yang dia tidak lagi melayan mesej yang dikirimkan wanita itu kerana bimbang ia akan lebih melarat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 May 2025
Trending Sun, 12 Jun 2022

Dapat Bekalan Dari Bekas Suami, Wanita Ambil Dadah Kerana Obses Nak Kurus

Ambil dadah sebab nak kurus, akhirnya wanita ini jadi ketagih.

Featured Fri, 8 Aug 2025
Featured Wed, 27 Jun 2018

Lepas Tengok Gambar Scary Ini, Anda Takkan Lagi “Terlupa” Untuk Tanggalkan Maskara Sebelum Tidur

Seorang wanita tak tanggalkan maskaranya dengan betul. Inilah akibatnya.

Hiburan Tue, 28 Apr 2026

“Terima Kasih Banyak Berkorban” – Azizulhasni Awang Titip Ucapan Menyentuh Jiwa Buat Isteri Tercinta

Azizulhasni, 38, tidak menafikan segala pencapaiannya turut didorong oleh pengorbanan besar isterinya yang sentiasa setia di sisi

FESYEN Tue, 20 Aug 2019
error: Content is protected !!