Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 28, 2024 @ 7:43pm

Tayang Baby Bump, Izreen Azminda Tunggu Masa Nak Bersalin – “Dari 55 Kg Sekarang Dah 80 Kg” 

Pelakon Izreen Azminda mencuri perhatian wargamaya di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam, 39, berkongsi foto dirinya yang kini sedang berbadan dua menunggu masa untuk melahirkan bayi keempatnya itu.

Dengan perut yang memboyot, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu sempat berseloroh di ruangan kapsyen.

“Entahlah, membuak-buak serupa periuk belanga, hari tu level-level pinggan nasi ja,” tulisnya.

IZREEN AZMINDA

Dalam pada itu, Izreen yang bakal bersalin dalam masa terdekat itu berkongsi berat badan terkini apabila membalas pertanyaan peminat.

“Banyak ampa.. kami dari 55Kg la ni 80Kg,” balasnya.

Untuk info, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017.

Perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.

Sebelum ini, Izreen pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Muhammad Riza Baharudin pada 2012 dan berpisah pada 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Muhammad Adrian Umar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah Rezeki Lagi” – Izreen Azminda Hamil Anak Ke-4

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Aug 2024
Hiburan Sun, 5 Oct 2025

Kendali Program Kesihatan, Dr. Nisa Nabila Angkat Isu Obesiti ke Layar TV Menerusi ‘My Body My Life’

Masyarakat kena cakna dengan isu kesihatan yang berkaitan dengan obesiti!

Hiburan Sun, 18 Feb 2018

Sari Yanti Tayang Baby Bump,

Sari Yanti Tayang Baby Bump, Peminat Dah Mula Rasa Tak Sabar

Hiburan Tue, 26 Aug 2025

Bapa Ziana, Anuar Zain Meninggal Dunia

Salam takziah kepada keluarga Ziana & Anuar Zain.

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Sindir Penyanyi Muda ‘Bodoh’, Nabila Huda Beri Penjelasan

Harap dipermudahkan segala masalah mereka

error: Content is protected !!