Euforia Bola 2026
Figura By: Khairil Khusyairi May 29, 2024 @ 6:30pm

Keadaan Fatimah ‘The Family UK’ Makin Lemah Walaupun Pendarahan Sudah Berhenti 

Kondisi kesihatan Fatimah ‘The Family UK” dilaporkan semakin teruk biarpun pendarahan akibat pembedahan biopsi telah berhenti beberapa hari lau.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua daripada tiga beradik ‘The Family UK’ itu difahamkan semakin lemah.

Dalam perkongsian tersebut, turut dikongsikan sebuah foto yang memaparkan Fatimah atau nama lengkapnya Fatimah Omar Mukhlis, 10, sedang terlantar di hospital di Birmingham.

“Bismillahirrahmanirrahim, banyak yang berlaku sejak beberapa hari ini.

“Pendarahan Fatimah telah berhenti sepenuhnya sejak Jumaat lalu tetapi malangnya keadaannya semakin teruk. Seperti yang dijadualkan, hari ini dia akan ditidurkan untuk biopsi lagi,” maklum keluarga itu.

Sehubungan dengan itu, ‘The Family UK’ memohon semua terus mendoakan kesihatan Fatimah agar terus diberikan kekuatan dan kesembuhan.

“Kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi untuk terus mendoakan kesayangan kami, Fatimah binti Omar Mukhlis.

“Semoga Allah permudahkan urusan biopsy Fatimah hari ini tanpa sebarang komplikasi. Semoga berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah.

“Terima kash pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, tolong mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.

“Semoga segala jasa baik anda semua dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT,” tutupnya.

Terdahulu, Fatimah mendapat perhatian ramai apabila kondisi kesihatannya cetus tanda tanya apabila banyak berkongsikan momen di hospital.

Untuk info, ‘The Family UK’ mula dikenali apabila tiga beradik iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali sering membuat video dalam loghat Kelantan.

Malah, tiga beradik tersebut amat rapat dengan bapa saudara mereka yang juga Cef Selebriti, Allahyarham Adam Idam atau Muhammad Adam Mahamed Ismail.

Adam menghembuskan nafas terakhir pada usia 29 tahun akibat jangkitan paru-paru.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 2 Jan 2019

「灾难级厨师」杰作!恐怖程度让你从此对自己厨艺更有信心

你对自己的厨艺完全绝望了吗?别这样啦,来看看这些网友们的烹饪成果,保证会让你信心大增!

Trending Thu, 11 Jun 2020
Hiburan Fri, 13 Feb 2026

Isu Cerai Diungkit Semula, Jawapan Ringkas Que Haidar Buat Ramai Terkedu

Que Haidar kekal tenang dan tidak cepat melatah

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

“Rancang Balik Diam-Diam, Tapi Akhirnya Disambut Luar Biasa” – Musa Nuwayri

Musa Nuwayri perancangan asal itu berubah apabila maklumat mengenai ketibaan mereka ‘terbocor’

Events Thu, 16 May 2019

Ahmed Ahmed to Terrorise Malaysians with Stomach Crunching Laughter

He’ll be bringing great humour to our shores soon in his world tour.

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
error: Content is protected !!