Euforia Bola 2026
Filem By: Fatin Nurain May 30, 2024 @ 3:10pm

Rungkai Kisah Benar Pasukan Bola Keranjang Wanita Malaysia, Padu The Movie Bakal Ditayangkan Di Pawagam 6 Jun Ini

Mengangkat kisah sebenar dari empat wirawati pasukan Bola Keranjang Negara, syarikat Global Station tampil mempersembahkan Padu The Movie yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 6 Jun ini.

Antara figura wirawati yang diketengahkan dalam filem araham Faisal Ishak ini adalah Izzati Yaakob (Fify Azmi), Mulan (Jojo Goh), Kalaimathi Rajintiran (Thanuja Ananthan) dan Jurulatih Yoong (Lim Mei Fan).

Lebih istimewa lagi, Filem Padu turut menggambarkan peristiwa benar ketika perjalanan Pasukan Harimau Malaysia dalam Sukan Sea 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia, dan Sukan SEA 2015 di Singapura.

Malah, mereka turut memaparkan peristiwa penting yang berlaku dalam sukan bola keranjang antarabangsa seperti pemansuhan larangan berhijab yang diinspirasikan oleh Pasukan Wanita Qatar ketika Sukan Asia 2014.

Menurut Faisal, dia turut menyelitkan beberapa watak fiksyen bagi menghidupkan lagi jalan cerita filem biopik ini.

Malah, para pelakon yang terlibat turut berpeluang untuk berjumpa dengan pemain sebenar supaya watak yang dijayakan mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

“Memang sukar untuk mengikut tiga peristiwa penting yang berlaku seperti yang dipamerkan dalam filem. Tapi, saya rasa untuk mencantikkan jalan cerita kita wujudkan beberapa watak fiksyen.

“Untuk pemilihan pelakon, kami ada buat perbincangan sebelum itu sama ada untuk memanggil pemain asal untuk berlakon atau ambil pelakon menjadi pemain.

“Tapi bagi saya, kriteria yang utama bagi saya adalah lakonan dan kedua fizikal mereka. Jadi kami mencari pelakon yang mempunyai persamaan dengan pemain sebenar.

“Kami turut membawa setiap pelakon utama dengan pemain sebenar supaya mereka dapat kenali perwatakan mereka lebih rapat,” katanya.

Difahamkan, setiap pelakon diberikan tempoh selama tiga bulan untuk mengenali setiap atlet dengan lebih rapat termasuklah menguasai skil bermain bola keranjang secara profesional.

Menurut Fify yang menjayakan watak sebagai Kapten Izzati, antara cabaran yang dihadapi oleh setiap barisan pelakon yang terlibat adalah mereka tidak mempunyai latar belakang bermain bola keranjang

“Kami diberikan masa selama tiga bulan untuk nampak macam atlet negara yang profesional supaya boleh jayakan watak tersebut sedekat yang boleh dengan mereka. Untuk mengikut skill mereka memang susah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Thanuja yang memainkan watak sebagai Kalai turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada atlet pasukan itu kerana sudi memberikan tunjuk ajar demi membuat setiap watak yang dijayakan lebih hidup.

“Filem ini berdasarkan biopik dan bukan lakonan semata-mata jadi kami  memang cuba sedaya upaya meniru perwatakan mereka.

“Kami sangat berterima kasih kerana mereka sangat membantu untuk kami menjayakan filem ini. Kami juga berpeluang untuk mengenali mereka dengan lebih rapat dan sampai sekarang kami berkawan di media sosial,” katanya.

Selaku penerbit, Datuk Zaitun Mohd Jiwa berharap filem biopik ini dapat memberikan inspirasi kepada penonton selain mengenang dan menyanjungi jasa mereka yang telah mengharumkan nama negara.

“Kami juga berharap agar wirawati kita akan dikenang dan disanjung selayaknya kerana telah mengharumkan nama Malaysia.

“Kita patut berbangga dikurniakan pemain-pemain yang mempunyai semangat berdaya saing serta mempunyai semangat juang yang tinggi,” ujarnya.

Selain Fify, Thanuja, Jojo dan Mei Fan, Padu The Movie ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Datin Seri Ummi Aida, Eizlan Yusof, Lia Natalia, Fikhree Bakar, Melissa Campbell dan ramai lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 6 Oct 2020

PM Jalani Kuarantin 14 Hari

Semoga PM kita baik-baik sahaja

Featured Thu, 15 Jun 2023
Featured Thu, 17 Aug 2023

Ketua Polis Sahkan Tiada Panggilan Kecemasan Dibuat, EXCO Pahang Antara 10 Mangsa Tragedi Pesawat Di Elmina

Allahuakbar, semoga roh mangsa dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang beriman..

Hiburan Sat, 19 Dec 2020

Ernie Zakri Tidak Letak Harapan Menang Vokal Terbaik Pada AJL35

Tak sabar nak tengok persembahan Ernie Zakri di AJL35

Hiburan Fri, 27 Jun 2025

“Saya Simpan Luka Lama” – Azharina Dedah Perjalanan Pemulihan Emosi

Azharina berkongsi perjuangan peribadi dalam mengurus emosi dan membina semula kekuatan jiwa.

Trending Wed, 26 Aug 2020

MKN Benarkan Pelajar Pakai Pelindung Muka Sahaja

Kelonggaran diberikan buat pelajar sekolah sahaja

Featured Wed, 31 May 2023
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
error: Content is protected !!