Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 4, 2024 @ 1:39pm

Haris Ismail Kongsi Momen Manis Bergelar Ayah Kepada Bilal & Abbas – “Bila Kita Dukung Dia, Cium Pipi Gebu Dia…” 

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz berkongsi kemanisan dalam menjadi seorang yang bergelar ayah kepada anak-anaknya.

Menurut Haris yang juga suami kepada selebriti, Noor Neelofa itu, momen-momen bersama anak adalah momen istimewa yang berharga kerana ia sebuah lambang kebahagiaan.

“Bila jadi abah ni antara waktu yang istimewa dan bahagia bersama anak adalah apabila kita dukung dia, cium pipi gebu dia dan terima balasan ukiran senyuman di wajahnya.

“Ketahuilah perkara ini benar-benar bermakna dalam kehidupan Abah dan Umi. Dan keinginan ini senantiasa mekar hari berganti hari.

“Harap Allah teruskan cinta tak bernokhtah padamu anak-anak abah,” coret Haris.

haris ismail

Tambah Haris, dia sangat bertuah dengan kehadiran dua cahaya mata kini iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas dalam hidupnya.

“Masya-Allah macam orang lain juga, saat travel itulah waktu yang akan kita habiskan banyak dengan keluarga dan anak anak.

“Kehadiran Bilal dan Abbas menghidupkan satu sudut perasaan yang langsung tak pernahku fikir wujud.

“Dan pasti ayah-ayah diluar sana mengerti apa yang inginku sampaikan ini. Pengertian terus usaha keras dan konsisten dalam pengorbanan lebih dirasai.

“Terima kasih sayang-sayang abah. Abah loves you all with all of my heart ikhlas selamannya,” tutup Haris syukur.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Kini perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas, 1o bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sweetnya…Indahnya Perkahwinan Apabila Saling Melengkapi” – Peminat Kagum Dengan Neelofa & Haris  

ARTIKEL BERKAITAN: Haris & Neelofa Hargai Pengorbanan Sebagai Suami Isteri – “Alhamdulillah, Walaupun Baru Setahun Jagung Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Pandang Rendah Usaha Boikot, Kita Kena Semangat… Biar Ekonomi Mereka Jatuh” – PU Riz

ARTIKEL BERKAITAN: “Moga Allah Kabulkan Semua Doa Ummi Buat Bilal” – Sempena Ulang Tahun Ke-2, Neelofa Kongsi Momen Bahagia & Foto Comel Putera Sulung

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Oct 2018

Konsert Memang WOW, Mariah Carey Masih Belum Hilang ‘Sengat’

Sebanyak 17 buah lagu dinyanyikan tanpa sebarang gangguan vokal mahupun teknikal. Memang power!

Hiburan Tue, 7 May 2024
Featured Sun, 19 Dec 2021

“Ni Betul-Betul Penghibur Legenda” – Gelagat Zaiton Sameon Nyanyi Di Tengah Banjir Hiburkan Netizen

Sebuah video menampilkan penyanyi veteran, Zaiton Sameon yang sedang menyanyi di atas sebuah rakit ketika banjir tular di aplikasi TikTok. Video Zaiton menyanyikan lagu popularnya berjudul Kabut Serangkai Mawar ketika duduk di atas rakit buatan […]

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Fasha Sandha Puji Sikap Fazura

Syukur Alhamdulillah, ramai insan yang berhati mulia seperti beliau. Thank You Faz. Thank you juga to Fattah…

Trending Mon, 4 Jun 2018

Kerana Menyanyikan Lagu Raya, Wartawan TV3 Ini Dikritik

Baru-baru ini viral di media sosial apabila wartawan TV3, Amirulhakim Lokman menyanyikan lagu raya semasa membuat standupper semasa lintas langsung dalam salah satu berita yang disiarkan di TV3

Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Featured Mon, 22 Aug 2022
Featured Mon, 8 May 2023
error: Content is protected !!