Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 3, 2023 @ 8:46pm

Haris & Neelofa Hargai Pengorbanan Sebagai Suami Isteri – “Alhamdulillah, Walaupun Baru Setahun Jagung Tapi…”

Dua tahun melayari bahtera rumah tangga, pasangan selebriti Haris Ismail dan Noor Neelofa saling menghargai antara satu sama lain.

Menurut Neelofa, dia mengakui kehidupan berumah tangga sangat mencabar namun dengan doa-doa daripada semua pihak mampu menguatkan hubungan suami isteri.

“Setiap pasangan yang berkahwin mesti nak kekal sampai bila-bila. Benda yang paling berharga pasangan yang berkahwin adalah doa daripada ramai orang supaya perkahwinan itu diberkati dan penuh dengan ketenangan dan kebahagiaan.

“Rumah tangga mana yang tak mencabar, memang mencabar tapi bila ada doa dari semua benda itulah yang mampu menguatkan. Alhamdulillah, walaupun baru setahun jagung, banyak benda yang saya dan suami belajar.

“Tak banyak ilmu yang saya ada sebelum berkahwin, banyak saya belajar selepas berkahwin. Tapi kami sentiasa berusaha untuk perbaiki dan saling toleransi,” ujar Neelofa kepada XTRA.

Haris dan Neelofa ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran mereka yang diadakan di sebuah hotel di Putrajaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Haris meluahkan rasa kagum dengan pengorbanan setiap wanita dalam menjaga dan melahirkan anak.

Malah, Haris turut mengenangkan pengorbanan ibunya dalam membesarkan dia dan adik-beradik ketika masih kecil.

“Alhamdulillah, cabaran itu ada tapi apa yang baiknya adalah pengorbanan untuk jaga anak sekarang juga tinggi.

“Saya sebagai suami, terasa kagum. Dua perkara saya sedar, ibu saya juga pernah jaga abang saya ketika kecil lagi. Jadi kita perlu berterima kasih kepada semua wanita yang dah melahirkan dan yang masih mencuba untuk menjadi wanita yang bermakna untuk hidup lelaki.

“Saya juga teringat pada semua wanita yang melaluinya termasuk ibu saya, betapa beratnya pengorbanan,” ujar Haris.

Lebih bahagia dengan kehadiran Muhammad Bilal pada tahun lalu, Haris dan Neelofa saling memahami antara satu sama lain dalam menjaga anak.

“Sebelum Ramadan pun Haris dah banyak bantu saya untuk jaga anak sebenarnya. Haris banyak melayan dan menjaga.

“Mana-mana pasangan pasti ada waktu. Dahulu saya tak faham bila orang tanya ‘tidur cukup tak’, memang tidak cukup tidur bila ada anak kecil tapi Alhamdulillah semuanya okey saja,” ujarnya.

Ditanya mengenai persiapan ketika Ramadan, Neelofa yang kini berbadan dua memberitahu dia banyak meluangkan masa di rumah.

Malah, untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan, Neelofa turut mengamalkan pemakanan sihat dan mengambil suplemen kesihatan.

“Saya hantu suplemen, saya makan suplemen yang lengkap seperti vitamin, omega dan sebagainya kerana kalau tak lengkap agak tak elok untuk ibu mengandung.

“Untuk sahur, saya ambil makanan seperti oat dan campuran sayur atau buah untuk kekal sihat dan bertenaga,” kongsi Neelofa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Jun 2023
Featured Fri, 12 Jun 2020
Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Tiga Kali Cerai, Nikita Mirzani Belum Serik…

Nikita dilihat tidak memilih warga senegara asalnya malah tertarik dengan jejaka berasal dari Perancis.

Trending Fri, 29 Jun 2018

Anda Penggemar Sardin? Baca Ini!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran iaitu Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

Abang & Eda Ezrin Didakwa Miliki Pil Kuda, Ini Respons Jaa Suzuran – “Susah Nak Jelaskan, Kami Sekeluarga Hanya Mampu Berdoa”

Jaa Suzuran enggan mengulas lebih lanjut insiden yang terjadi terhadap abang dan kakak iparnya, Eda Ezrin.

Hiburan Sat, 7 Oct 2023
Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Kenapa Tiara Menangis Sewaktu Didukung Oleh Erra Fazira?

Kenapa Tiara menangis sewaktu didukung oleh Erra Fazira?

error: Content is protected !!