Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 21, 2025 @ 5:31am

Abang & Eda Ezrin Didakwa Miliki Pil Kuda, Ini Respons Jaa Suzuran – “Susah Nak Jelaskan, Kami Sekeluarga Hanya Mampu Berdoa”

Pelakon dan pengacara Jaa Suzuran sukar untuk mengulas isu penangkapan abang dan kakak iparnya, penyanyi lagu dikir barat popular, Eda Ezrin bersama empat rakyat Malaysia lain di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, kerana memiliki 6,000 pil methamphetamine atau pil kuda pada 1 November tahun lalu.

Mengaku terkejut dengan kejadian yang menimpa ahli keluarga terdekatnya itu, Jaa enggan mengulas lebih lanjut insiden yang terjadi.

“Percayalah kalau ada perkara yang saya boleh cakap memang saya nak bercerita. Siapa tak nak pertahankan keluarga.

“Sudah tentu saya terkejut sebab berlaku secara tiba-tiba. Susah saya nak jelaskan. Kalau kejadian sama berlaku kepada anda, sudah pasti turut memberi kejutan.

“Kami sekeluarga sekarang hanya mampu berdoa supaya segala urusan dipermudahkan. Saya nak cakap lebih-lebih pun saya tiada di tempat kejadian.

“Cuma saya harap ujian yang berlaku ini baik-baik sajalah,” katanya.

Jaa ditemui XTRA pada tayangan perdana filem Soloz: Game of Life di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, malam tadi.

Bersikap tenang menjawab persoalan pengamal media di acara terbabit, Jaa atau nama sebenarnya, Mohamad Faizal Ahmad, 30, memohon orang ramai agar tidak membuat spekulasi berlebihan mengenai kes yang masih dalam proses perbicaraan.

“Saya harap kita berhati-hati ketika bercakap. Ini kerana, kita tak tahu cerita sebenar yang terjadi pada waktu kejadian.

“Saya tidak dapat nafikan saya pun sebelum ini pernah membuat spekulasi dan memberikan komen apabila sesuatu kes viral walaupun hakikatnya kita pun tiada di tempat kejadian,” katanya lagi.

Tambah pelakon filem Autumn in Wales ini, dia turut menyedari kes terbabit mendapat liputan meluas dan menjadi perbualan hangat di media sosial.

Namun begitu, Jaa akur dan tidak mampu menghalang masyarakat daripada terus berbicara mengenainya.

“Kadang-kadang saya memilih untuk tak layan komen yang ditinggalkan. Lagipun kita tak boleh nak salahkan mereka sebab kes ini sudah viral.

“Siapa yang tak ikut (perkembangan kes), lebih-lebih lagi kes viral seperti ini? Saya hanya mampu ‘tahan’ dan bersabar. Kita nak marah pun tiada guna,” tambahnya lagi.

Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan lima yang lain dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil yaba dan mengambil dadah di Sungai Golok.

Eda dan suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35; bersama empat lagi individu termasuk Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; Erdeka Mohd Noor, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki pil yaba.

Namun begitu, mereka mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah (memasuki dadah dalam badan) selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Wilayah Narathiwat.

Kesemua tertuduh didakwa memiliki pil yaba di sebuah hotel di Sungai Golok pada jam 5 pagi (waktu Thailand) pada 1 November tahun lalu, dan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Yuan Khao Kham.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 1 Mar 2025

Individu Wanita Dedah Pelakon Lelaki Enggan Bertanggungjawab, Siap Hulur Duit Minta Gugurkan Kandungan

Seorang pelakon lelaki didakwa enggan bertanggungjawab selepas menyebabkan seorang wanita hamil.

Trending Thu, 14 May 2020

Berita Tular Tentang Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Adalah Palsu – KPM

Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab ye.

Hiburan Fri, 23 Nov 2018
Hiburan Wed, 29 Apr 2026

“Takkan Nak Tersenyum Setiap Masa? Jangan Cepat ‘Menghukum” – Rosyam Nor Tepis Dakwaan Artis Sombong

Rosyam berpendapat bahawa tidak wajar untuk terus cepat menghukum kerana artis juga manusia biasa yang turut berdepan keletihan dan tekanan kerja. 

Hiburan Mon, 18 May 2026

Amar Baharin Terkilan Terpaksa Cukur Bersih Atas Komitmen Penggambaran… Risau Ibadah Korban Tak Diterima

Amar Baharin mengakui berasa terkilan apabila terpaksa tampil dengan wajah bersih tanpa janggut sepanjang 10 hari awal Zulhijjah susulan komitmen penggambaran

Featured Wed, 23 Jul 2025

Izara Aishah Geram Tindakan ‘Kantoikan’ Siti Nurhaliza Beli Barang Random Jadi ‘Bahan’ Netizen Mulut Puaka

Izara tampil menegur tindakan netizen yang sewenang-wenangnya memberikan komen.

error: Content is protected !!