Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 4, 2024 @ 6:22pm

Kes Zayn Rayyan: Atas Faktor Tertentu, Peguam Ibu Bapa Mangsa Tarik Diri

Peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan iaitu Mahmud Jumaat mengesahkan bahawa beliau tidak lagi mewakili pasangan tersebut bermula hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, menurut Mahmud dari Tetuan Emir Mahmud & Co, beliau mengambil keputusan untuk tidak mewakili kedua ibu bapa Zayn Rayyan atas faktor-faktor tertentu dan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Saya mengesahkan berita yang tersebar bahawa saya tidak lagi mewakili kedua ibu bapa Allahyarham Zayn.

“Ia dibuat berdasarkan faktor-faktor tertentu yang mana saya tidak dapat dijelaskan kepada semua,” jelasnya.

Namun begitu, dia turut tidak dapat memberi ulasan lanjut berkaitan situasi ini tetapi memiliki sebab kukuh atas keputusan yang dibuat tersebut.

Malah, beliau juga mendoakan supaya kes tersebut berjalan lancar dan mengikut proses undang-undang sedia ada.

Tambahnya lagi, dia menasihati semua pihak untuk menghormati proses undang-undang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu.

Untuk info, Mahmud dilantik oleh keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: Kes Zayn Rayyan: Pengasuh Bersama 2 Ahli Keluarga Tampil Beri Keterangan Di IPD

Artikel Berkaitan: Kes Zayn Rayyan Kian Terungkai: “Hasil Dapatan & Risikan Selama 6 Bulan Menyimpulkan Pembabitan…”

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Arwah Zayn Rayyan Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Jul 2018

93岁生日快乐!敦马的愿望是……

首相敦马哈迪今日迎来93岁生日!即使生日,马哈迪也没放假,照常上班;而他的生日愿望是……

Hiburan Sun, 19 Sep 2021

“Ingatkan Keluar Lagu Baru, Rupanya…” – Didakwa Scam Peminat, Ini Penjelasan Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul tampil dengan single terbaharu yang diberi judul Aina Abdul. Menariknya, Aina Abdul merupakan gabungan tiga lagu balada popular Aina iaitu Sumpah, Semalam dan Sepi. “Tiga lagu ini digabungkan kerana emosinya yang saling […]

Trending Mon, 13 Aug 2018

Gas Ammonia Bocor, Dua Pekerja Kilang Ais Maut

Kejadian melibatkan kebocoran gas ammonia seperti ini sudah dua kali dilaporkan berlaku setakat ini

Featured Thu, 16 Oct 2025

“Tak Pernah Rasa Rindu Atau Menyesal Cuma Tak Payah Jumpa” – Konflik Bersama Kak Nona, Kak KM Dedah Tak Pernah Anggap Kakak Kandung Musuh

Kak KM secara terbuka mengakui,  dia tidak menyimpan sebarang rasa rindu atau penyesalan terhadap apa yang pernah terjadi antara mereka.

Acara Thu, 7 Sep 2023
Featured Wed, 7 Jun 2023

Digelar Kekwat Layan Peminat? Amir Ahnaf Enggan Perjelas Situasi Sebenar

Kita tunggu je lah penjelasan lanjut dari aktor kegemaran korang okay!😎✌️

error: Content is protected !!