Euforia Bola 2026
Figura By: Khairil Khusyairi June 5, 2024 @ 3:31pm

Keluarga Akan Kongsi Penyakit Fatimah ‘The Family UK’ Selepas Biopsi Selesai – “Kami Kena Jaga Emosinya” 

Ibu kepada Fatimah ‘The Family UK’, Nor Ashila, 43, berkongsi perkembangan terkini kondisi kesihatan anaknya.

Menurut laporan Harian Metro, Nor Ashila memaklumkan Fatimah atau nama lengkapnya Fatimah Omar Mukhlis, 10, masih lemah, lebih banyak tidur dan kurang bercakap.

Malah, Fatimah juga difahamkan hanya makan bijirin untuk sarapan pagi semalam.

“Minggu lepas agak kritikal kerana Fatimah tidak boleh makan, berbanding hari ini walaupun cuma dua.. tiga suap saja.

“Tekanan darah dan jantungnya turun naik. Waktu lemah, nak bercakap pun tak boleh.

“Doktor kena pantau untuk buat pemindahan darah dan Fatimah dijadualkan menjalani biopsi ketiga tetapi bergantung keputusan biopsi yang kedua,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Ashila berkata, dia sedar ada segelintir individu yang membuat andaian mengenai penyakit Fatimah berdasarkan prosedur dijalani anaknya.

Bagaimanapun, ibu kepada tiga cahaya mata itu memaklumkan, dia dan keluarga dinasihat doktor supaya menunggu proses biopsi selesai sebelum berkongsi kepada umum mengenai penyakit Fatimah.

“Keluarga termasuk anak sulung dan rakan tahu, cuma Fatimah belum diberitahu. Jadi sebagai ibu, saya kena jaga emosinya.

“Kita kena tahu cara betul untuk sampaikan kerana keadaannya (kesihatan) bukan biasa tetapi merosot.

“Walaupun bukan setiap masa dia begitu tapi ada hari dan episod dia lemah sampai tak boleh bercakap.

“Kita ada pasukan perubatan yang beri sokongan kepada Fatimah jadi mereka akan rancang masa sesuai untuk bantu terangkan mengenai penyakit dan panggil Ali (adik bongsu Fatimah) waktu itu,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan keputusan biopsi kedua Fatimah akan diketahui dalam tempoh 10 hingga 14 hari lagi.

Ia mengambil tempoh lama kerana sampel tisu Fatimah dihantar ke tiga makmal berbeza untuk dianalisis bagi mengenal pasti penyakit kanak-kanak itu.

Terdahulu, Fatimah mendapat perhatian ramai apabila kondisi kesihatannya cetus tanda tanya apabila banyak berkongsikan momen di hospital.

Untuk info, ‘The Family UK’ mula dikenali apabila tiga beradik iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali sering membuat video dalam loghat Kelantan.

Malah, tiga beradik tersebut amat rapat dengan bapa saudara mereka yang juga Cef Selebriti, Allahyarham Adam Idam atau Muhammad Adam Mahamed Ismail.

Adam menghembuskan nafas terakhir pada usia 29 tahun akibat jangkitan paru-paru.

ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan Fatimah ‘The Family UK’ Makin Lemah Walaupun Pendarahan Sudah Berhenti 

Sumber: Harian Metro

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Dahlia Rizal Hamil? Imran Aqil Mohon Doakan Yang Terbaik

Imran Aqil memilih privasi untuk tidak menguar-uarkan mengenai berita kehamilan isterinya, Dahlia Rizal.

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Bawa Pulang RM100,000, Apex Tajudin Juara Mentor Milenia 2019

Saya juga berterima kasih dengan Mentor Hazama serta juri-juri tetap yang banyak memberi sokongan.

Featured Wed, 4 Jun 2025
Featured Mon, 13 Feb 2023

Rangkul Gelaran Juara & Vokal Terbaik AJL 37, Aina Abdul Berbelanja RM90,000 Untuk Terus Hidup

Min masih tak boleh move on dengan persembahan mega Aina Abdul 🤩🥲

Trending Mon, 1 Jun 2020
Trending Tue, 9 Jun 2020
Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Aiman Tino Tawar Wang Tunai Kepada Pencuri?

Siapa sangka makan malam santai bertukar menjadi tragedi?

Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Wed, 20 Aug 2025

Sombr Umum Album Debut I Barely Know Her

Sombr bakal melancarkan album I Barely Know Her pada 22 Ogos ini.

Hiburan Sun, 16 Feb 2025

Ernie Zakri Terkejut Dituduh Sukar Menerima Teguran, Mohon Maaf Jika Ada Yang Tersinggung

Ernie Zakri mohon maaf, akui khilaf sebagai manusia biasa

error: Content is protected !!