Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 5, 2024 @ 8:12pm

Individu Luah Mahu Bercerai Tapi Malu, Ini Respons Shila Amzah – “Kalau Suami Dera Mental & Fizikal, You Tak Payah Malu”

Penyanyi popular, Shila Amzah menerima soalan daripada pengikutnya menerusi sesi Ask Me Question di Instagram Storiesnya (IGS).

Individu itu bertanya mengenai pandangan dan penceraiannya sebelum ini mendapat perhatian ramai warganet.

“Kak Sha (Shila), i nak bercerai dengan husband tapi risau malu. You malu tak masa bercerai,” tanya individu itu.

Tampil menjawab persoalan tersebut, Shila menyatakan dia tidak pernah malu bercerai malah dia telah membuat keputusan yang tepat.

“I tak malu sebab i did the right thing for myself and my son. Setiap decisions kita, you gotta wear it with pride… no regrets. I know what’s best for me than anyone else,” tulisnya.

Kata Shila lagi, wanita tidak perlu malu jika bercerai andai individu itu berdepan suami yang curang, kaki pukul, tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

“If you’ve been a great wife but your husband is a cheater, he abused you mentally/physically, not a responsible one, tak payah malu,” ujarnya lagi.

Shila Amzah

Untuk rekod, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki Elias pada April 2018 namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais.

Kemudian, Shila berkahwin dengan pempengaruh media sosial, Ubai MZ pada 5 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rhea Akira yang baru dilahirkan pada 9 Mei lalu.

Artikel Berkaitan: Akui Tak Banyak Kenangan Bersama, Ibu Shila Amzah Luah Rindu Pada Cucu – “Seth Sentiasa Dihati Uwan”

Artikel Berkaitan: Usai Habis Pantang, Shila Amzah Kembali Bekerja… Bakal Terbang Ke China & Hong Kong!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Feb 2021
Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Ernie Berhasrat Membuat Rawatan Lasik

Semoga dipermudahkan rezeki Ernie

Featured Sun, 22 Dec 2024
Events Sat, 31 May 2025
Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Marissa Dania Akui Kini Dalam Proses Berpisah Dengan Aslam – “Tolong Beri Kami Ruang”

Marissa berharap semua pihak menghentikan spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.

Featured Fri, 25 Nov 2022

Foto Berpelukan, Wak Doyok & A. Aida Undang Komen Nakal Netizen

Laju je netizen ni kan.. Doakan yang baik-baik

Featured Mon, 9 Dec 2024

Didakwa Lupa Lirik Ketika Persembahan, Joey Daud Tepis Dakwaan Mas Idayu – “Mana Ada Lupa Lirik?”

Joey Daud menepis dakwaan juri tetap bagi program hiburan Famili Duo Musim Ke-4 iaitu Mas Idayu

Featured Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Tue, 5 Dec 2023
error: Content is protected !!