Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 5, 2024 @ 7:34pm

Melly Goeslaw Memukau, Bawa Penonton Imbas Memori Zaman Remaja

Suasana di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu lalu gamat dan meriah dengan kehadiran pelajar sekolah berpewatakan abang jambang, pemuda berbaju Kadet Remaja Sekolah (KRS) dengan misai tebal di wajah, kakak pejabat yang mengenakan uniform Pandu Puteri, ‘remaja purba’ berusia 35 tahun serta ibu anak dua yang comel menggayakan baju kurung kain biru..

Rata-rata 9,000 penonton yang hadir sporting memenuhi tema Back to School: Malam Graduasi dan mahu berhibur mengenang momen manis masa silam zaman keremajaan menuju dewasa di konsert kedua penyanyi dan komposer Indonesia berbakat besar, Melly Goeslaw di Malaysia.

Mungkin bukan juara dari sudut vokal, namun “Ada Apa dengan Melly & Friends” sukses dan berada dalam kelas tersendiri kerana rata-rata penonton yang hadir membesar dengan lagu-lagu dendangan serta ciptaan Melly dan larut dalam emosi saat konsert itu berlangsung.

Impak lagu-lagu Melly bukan kepalang. Pastinya ada yang pernah menangis terkenang memori cinta zaman sekolah apabila terdengar lagu Melly. Ada juga yang tersenyum girang teringat kenangan lalu membesar bersama rakan-rakan sebaya menerusi naskhah ciptaannya. Semua yang hadir pada malam itu nyata terhibur dan sama-sama menyanyi sepanjang konsert berlangsung.

Bukan sekadar berhibur, Melly tidak lupa untuk menyatakan solidariti kepada saudara di Palestin dengan mencipta lagu khas dalam satu segmen istimewa bersama dua penonton bertuah. Hanya memerlukan 10 minit, Melly mencipta lagu terbabit serta memberi keizinan untuk sesiapa sahaja menggunakan lagu itu atas nama cintakan Palestin.

Menyampaikan 23 rangkaian lagu popular seperti Tak Tahan Lagi, Ingin Mencintai Dan Dicintai, Pecinta Wanita, Berdua Lebih Baik, Suara Hati Seorang Kekasih + Sampai Menutup Mata (Medley), Bimbang + Denting (Medley), Ayat-Ayat Cinta, Gantung, My Heart, Jika, Biarlah Rahsia, Menghitung Hari + Atas Nama Cinta (Medley), Cinta, Cinta Sejati + Kamu Dan Kenangan (Medley), Ada Apa Dengan Cinta + Ratusan Purnama (Medley), Hey Ladies, Hanya Memuji, Let’s Dance Together dan Bagaikan Langit, Melly menutup pentas dengan lagu berhantunya, Ku Bahagia.

Melly turut mengundang Joe Flizzow serta Putri Ariani untuk sama-sama memeriahkan pentas konsert yang dibawakan AKE Group dengan kerjasama Icon Entertainment itu.

Sebelum penonton pulang bertemankan senyuman puas berhibur di konsert terbabit, Melly mengumumkan dia akan kembali mementaskan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil bertemakan ‘Prom Night’ pada 31 Mei tahun depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Patutlah Cantik, Tya Ariffin Kongsi Rahsia!

Perempuan berusia 16 tahun ke atas boleh mengamalkan produk jamu MuTyara, bukan untuk orang tua saja ya. Bagi wanita berkahwin, minumlah jamu untuk menghargai diri dan orang tersayang. Ia penting untuk penjagaan dalaman.

Trending Thu, 18 Feb 2021
Featured Wed, 31 May 2023
Featured Mon, 25 Nov 2024

Famili Duo 4: Ramai Dapat Standing Ovation, Tomok & Sharul Kamal Kembali Rampas Takhta! Jom Semak Markah Penuh Peserta

Rata-rata peserta mendapat standing ovation dan perfect 10 untuk minggu kelima.

Hiburan Fri, 27 Mar 2026

“Sebelum Ramadan Lagi Kami Dah Putus Cinta” – Nadia Brian Reda Ketentuan Ilahi, Sentiasa Doakan Kesejahteraan Nedim Nazri

Nadia berkata dia dan Nedim tidak bergaduh, malah saling mendoakan untuk kesejahteraan satu sama lain

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Super Junior Becomes Sexy Spaniards in Lo Siento While Album Tops iTunes Charts!

Their newest album has topped iTunes charts in so many countries including Malaysia!

error: Content is protected !!