Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 6, 2024 @ 12:20pm

Isteri Tersayang Simpan Rahsia Hitam? Pengakuan Bekas Gadis Escort Memang Mengejutkan… Jangan Lupa Strim Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana

“Saya nak kongsikan dengan abang, satu cerita yang saya tak pernah kongsi dengan orang lain… Sebenarnya, sebelum saya jumpa dengan abang, saya bekerja sebagai perempuan malam.. Tapi ni semua cerita lama, saya dah tinggal semua dosa-dosa saya.”

Bayangkan, isteri yang anda sayangi menyimpan rahsia gelap sebagai bekas gadis escort? Wanita yang anda cintai, berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan yang membantu ramai orang, rupa-rupanya pernah melalui detik hitam.

Begitulah antara plot penceritaan telefilem terbaharu Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana yang menemui penonton pada 5 Jun 2024 ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana merupakan hasil terbitan Anomalous Films dan diarahkan oleh Syed Fariz. Telefilem ini bakal membuatkan penonton ternanti-nanti akan apakah kesudahan perkahwinan mereka ini.

Telefilem ini menampilkan barisan selebriti popular tanah air seperti Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Zamarul Hisham, Zarina Zainuddin dan dibantu oleh barisan pelakon baharu seperti Puteri Rayyana Rayqa, Husna Mustaffa dan Nizam Kama.

SINOPSIS:

Saleha (Mimi Lana) adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Amir (Fikry Ibrahim). Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nurain (Puteri Rayyana Rayqa) sepanjang 8 tahun membina mahligai bahagia. Amir merupakan seorang suami yang penyayang dan warak. Segala keperluan seorang isteri dipersiapkannya.

Malah, Saleha yang dikahwininya pula adalah seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan NGO (Non-governmental Organization) untuk mengisi masa senggangnya. Di samping itu, Saleha bertuah kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat baik, lebih-lebih lagi ibu mertuanya (Zarina Zainudin) yang sangat menyayangi dirinya dan menganggap Saleha seperti anaknya sendiri memandangkan Saleha adalah anak yatim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Pada suatu hari, keluarga Amir membuat majlis kesyukuran untuk menyambut kepulangan Pak De’ (Zamarul Hisham) setelah lama merantau. Pak De’ adalah adik angkat arwah bapa Amir yang telah dianggap ahli keluarga rapat oleh seluruh keluarga Amir. Tetapi sejak Amir dan Saleha berkahwin, tidak pernah sekali pun Saleha berjumpa dengan Pak De’ sehinggalah pada hari majlis kesyukuran tersebut.

Ketika majlis berlangsung Saleha ternampak satu susuk tubuh yang seperti sangat dikenalinya yang sudah lama dia tidak berjumpa. Saleha merasa cemas kerana lelaki itu merupakan seseorang yang datang dari masa silamnya. Adakah kehadiran Pak De’ bakal menghantui kehidupan dan kebahagian Amir dan Saleha?

Jangan lupa saksikan Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my dan muat turun aplikasi Tonton di Apps Store dan Play Store sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 6 Jul 2022

“Saya Merancang Nak Dapat Anak Cepat” – Habis Pantang, Emma Maembong Cuba Dapatkan Zuriat Kedua

Emma dan suami berusaha mendapatkan zuriat kedua sebaik sahaja habis pantang melahirkan anak pertama.

Trending Tue, 15 Oct 2019

Eliud Kipchoge Pecah Rekod Tamatkan Maraton Selama 2 Jam

Eliud Kipchoge berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila beliau berjaya menamatkan maraton selama dua jam sekaligus memecah rekod peribadi beliau sebagai atlet olimpik Kenya. Acara larian maraton yang diadakan di Vienna pada sabtu lalu itu […]

Kes Mahkamah Fri, 8 Sep 2023
Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Wow, Cantiknya Kekasih Rizman!

Sesuai sangat kan???

Hiburan Fri, 1 Aug 2025
Trending Tue, 29 Jan 2019

Lebih ONG Dengan CJ WOW SHOP

Semestinya WOW bersama CJ WOW SHOP!

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Konti Pujaan Hati Kanda Jadi Bahan Lawak, Kreatif Atau Cuai?

Troll lah banyak-banyak, kecam lah berulangkali, yang penting PHK #3 trending okay!

error: Content is protected !!