Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 6, 2024 @ 7:20pm

Nama Trending Di X, Iman Troye Tercalon Dalam Kategori Penghibur Kegemaran Asia KCA 2024… Sebaris Nama Besar Lain! 

Nama penyanyi Iman Troye tiba-tiba sohor atau trending di media sosial terutamanya di aplikasi X, hari ini.

Nampaknya seorang lagi bakat tempatan terus menyerlah di persada antarabangsa apabila Iman telah dicalonkan dalam anugerah berprestij Nicklodeon Kid’s Choice Awards 2024 (KCA 2024).

Penyanyi berusia 22 tahun itu tercalon dalam kategori Penghibur Kegemaran Asia (Fav Asian Act).

Turut tercalon dalam kategori tersebut adalah empat lagi artis Asia iaitu Kumpulan ENHYPEN (Korea), Kumpulan SB19 (Filipina), Kumpulan Niziu (Jepun) dan penyanyi Tiara Andini (Indonesia).

Iman Troye

Kategori Penghibur Kegemaran Asia (Fav Asian Act) merupakan kategori serantau yang dianugerahkan kepada penghibur terbaik Asia seperti yang dipilih oleh pengundi dan peminat.

Pencalonan Iman tidak begitu mengejutkan kerana dia dikenali sebagai bintang yang sedang meningkat naik dalam industri hiburan Malaysia.

Single sulungnya, “Teman”, mempunyai lebih 58 juta tontonan di YouTube malah namanya tidak pernah tenggelam sejak berkecimpung dalam dunia nyanyian

Pemilik nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin itu juga terkenal dengan lagu-lagu hits seperti “Pejam Celik Hari Raya” dan “Nang”.

Iman turut mencipta magis apabila menjadi antara artis Malaysia yang dipaparkan di papan iklan di Times Square New York melalui kempen EQUAL Spotify.

Difahamkan, Iman bukanlah bintang tempatan pertama yang menerima pencalonan daripada anugerah ikonik itu kerana penyanyi Shila Amzah dan pencipta kandungan Jinny Boy juga pernah dicalonkan untuk anugerah sama pada 2013 dan 2015.

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong pernah tercalon untuk anugerah “Bintang Sukan Asia Kegemaran” pada 2016.

Pencipta kandungan tempatan, Aqil Zulkiflee juga menjadi tajuk utama tahun lepas apabila dia memenangi “Pencipta Kegemaran (Asia)” di KCA 2023.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2019
Hiburan Tue, 18 Feb 2025

[VIDEO] Individu Tanya Tak Solat Ke? Intan Najuwa Tampil Beri Respons Padu

Intan Najuwa anggap soalan netizen pertikaikan ibadah tak masuk akal

Trending Thu, 26 Jul 2018

This Creepy 3D Video is So Real, It Will Spook You Like Crazy

It’s so realistic that people are questioning whether it really happened or not.

Events Tue, 2 Oct 2018

Sam Hui & Alan Tam to Make a Stop in Malaysia this December!

The Cantopop legends are coming to town.

Trending Tue, 6 Oct 2020

PM Jalani Kuarantin 14 Hari

Semoga PM kita baik-baik sahaja

Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Thu, 11 Aug 2022

Mengakui Kekhilafannya, Eric Fuzi Mohon Maaf Kali Kedua

Eric Fuzi minta maaf secara terbuka kepada wakil media diatas kekhilafannya.

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

These 15 Dogs are the Luckiest Animals on Earth because They Belong to Celebrities

These dogs get treated with so much care. They get to be hugged, kissed and loved by these celebrities too!

error: Content is protected !!