Euforia Bola 2026
Hiburan By: Atiqah Johari June 14, 2024 @ 6:54pm

Perkahwinan Kedua Suami Didakwa Sekadar ‘Content’, Aisyah Hijanah Papar Bukti! – “Dia Tak Tunjuk Wanita Itu Untuk Jaga Sensitiviti”

Baru-baru ini, nama usahawan dan pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah dan suaminya, Alif Teega menjadi tumpuan warganet.

Nama mereka menjadi sebutan semula apabila didakwa perkahwinan kedua Alif bersama wanita bernama Fatin Umaidah adalah sekadar ‘content marketing’.

Tidak berdiam diri, Aisyah tampil menjawab tuduhan tersebut beserta bukti sijil nikah suaminya itu.

“Pernikahan kedua yang telah pun viral tersebut bukanlah content. Mungkin orang melihat saya tenang-tenang saja & tidak percaya bahawa apa yg berlaku adalah benar.

“Pernikahan itu adalah benar. Saya & peguam saya telah pun mendapatkan perintah mahkamah atas penukaran harta sepencarian 100% pada bulan 2 yang lepas. Dan, harta sepencarian ini hanya boleh dibahaskan di mahkamah atas 3 sebab (poligami, cerai & meninggal)

“Sijil nikah suami bersama wanita berkenaan juga ada pada saya sebagai bahan bukti yang boleh dibicarakan di mahkamah atas harta sepencarian,” tulisnya.

Malah, Aisyah memaklumkan bahawa suaminya tidak memaparkan madunya itu kerana ingin menjaga sensitiviti dirinya dan masyarakat.

Tegasnya lagi, dia tidak menggunakan isu poligami untuk meraih simpati orang ramai.

“Suami saya, Mohd Hazalif tidak menunjukkan wanita berkenaan di media sosial adalah untuk menjaga sensitiviti masyarakat khususnya untuk diri saya sendiri.

“Aisyah juga tidak menggunakan isu poligami tersebut utk meraih simpati. Langsung tiada video saya menangis, memerli atau berkelakuan ‘menyedihkan’ sebagaimana yang didakwa page berkenaan,” jawabnya lagi.

Artikel Berkaitan: Tular Perincian Perkahwinan, Netizen Terkejut Alif Teega & Fatin Umaidah ‘Kantoi’ Nikah Di Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

Artikel Berkaitan: “Demi Allah! Fitnah Ini Akan Ku Bawa Ke Akhirat” – Bukti Pukul Isteri Tular, Alif Teega Dah ‘Warning’ Abang Aisyah Minta Stop Fitnah… Dakwa Adni Rustam Desak Bercerai?

Artikel Berkaitan: Alif Teega Serah 100 % Harta Sepencarian, Aisyah Hijanah Mengaku Tak ‘Gila’ Harta Tapi…

Artikel Berkaitan: Konflik Rumah Tangga Alif Teega Kahwin Dua Dianggap Marketing, Aisyah Hijanah Perjelas Keadaan Sebenar – “Saya Cuba Untuk Bersangka Baik…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Jun 2024

Saluran Jantung Tersumbat 99%, Azlee Senario Jalani Pembedahan Pasang Stent… Keadaan Kini Stabil

Alhamdulillah dah stabil, semoga cepat sembuh seperti sedia kala ❤️

Hiburan Sat, 1 Jan 2022

“Memang Dapat Inspirasi Daripada Katil” – Busana Serba Putih SFMM36 Dikritik, Ini Penjelasan Pereka Fesyen Aina Abdul

Pereka fesyen Masyadi Mansoor yang menghasilkan busana penyanyi Aina Abdul di Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) mengakui dirinya mendapat inspirasi daripada katil. Seperti biasa, baju yang digayakan Aina ketika membawakan lagu Sepi mendapat pelbagai […]

Featured Mon, 14 Nov 2022
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

‘Jodoh Saya Kuat Dengan Raihan’- Sharifah Khasif

Konsert ‘Qasidah Night’ pada 27 April nanti turut diserikan dengan penampilan penyanyi lagenda Dato Jamal Abdillah.

Hiburan Thu, 8 Jan 2026

Zairi Aziz Syukur Nasha Aziz Beri Sokongan, Nasihat Jangan Terbabit Cinta Lokasi – “Itu Pertama Kali Jumpa Dia Sejak Masuk Industri”

“Saya tak menghubungi dia sebelum ini kerana malu,” Demikian respons pelakon meningkat naik, Zairi Aziz ketika menceritakan detik pertemuan bersama kakak tirinya, selebriti terkenal Nasha Aziz. Ketika ditemui media, aktor berusia 24 tahun itu berkata […]

Hiburan Sun, 22 Jun 2025

Khai Bahar Luah Rasa Sebak, Dedah Makna Di Sebalik Lagu ‘Beri Sedikit Waktu’

Khai Bahar mendedikasikan lagu Beri Sedikit Waktu sebagai penghormatan kepada arwah ibunya

error: Content is protected !!