Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 8, 2026 @ 4:41pm

Zairi Aziz Syukur Nasha Aziz Beri Sokongan, Nasihat Jangan Terbabit Cinta Lokasi – “Itu Pertama Kali Jumpa Dia Sejak Masuk Industri”

“Saya tak menghubungi dia sebelum ini kerana malu,”

Demikian respons pelakon meningkat naik, Zairi Aziz ketika menceritakan detik pertemuan bersama kakak tirinya, selebriti terkenal Nasha Aziz.

Ketika ditemui media, aktor berusia 24 tahun itu berkata dia bertemu kakaknya buat pertama kali semenjak aktif dalam industri hiburan iaitu ketika menghadiri tayangan perdana filem The Voice of Hind Rajab pada Selasa lalu.

“Kami baru sahaja bertemu di majlis tayangan filem tersebut dan saya sangat gembira dapat bertemu dengannya. Betul, itu pertama kali saya menemuinya sejak aktif dalam industri.

‘Ketika berjumpa dia ialah seorang yang sangat ceria manakala saya pula sangat introvert dan pemalu tetapi selepas lama kami berbual, semuanya okay sahaja.

‘Saya tak menghubungi dia sebelum ini kerana berasa malu sebab menghormatinya sebagai ahli keluarga.

Zairi berkata demikan ketika ditemui pada sidang media drama Kelas Belakang di TGV, KLCC pada Rabu.

Mengulas lebih lanjut, Zairi berkata Nasha yang juga aktres filem popular Laila Isabella ini memberi sokongan kepadanya untuk bergelar pelakon, selain sempat menitipkan pesanan untuk tidak terjebak dalam cinta lokasi

“Dia sangat menyokong saya, banyak kongsikan tips tentang bagaimana untuk kekal relavan dalam industri dan kita pun tahu dia ialah seorang pelakon lagenda yang hebat.

“Dia pesan pada saya, jangan terkait dengan cinta lokasi. InsyaAllah, saya berharap tidak akan berlaku dan akan dengar nasihatnya.

“Dia seorang kakak yang sangat baik, saya doakan dia semoga dia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan setiap urusannya berjalan dengan lancar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zairi bakal tampil dalam drama berjudul Kelas Belakang sebagai watak utama  iaitu sebuah karya yang memaparkan tentang realiti peljar di kelas paling tercorot, sering dipandang remeh dan dipinggirkan.

Selain Zairi, Kelas Belakang turut menampilkan barisan pelakon muda seperti Amylia Aidura, Farihin Arnia, Areef Amran, Faha Azhar, Ryliana Azizan, Arfie Shah dan Myra Afrina.

Untuk info, drama yang diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad (Labu) itu akan memulakan tayangannya pada hari ini di platform penstriman Viu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Nov 2018

Shiha Zikir Bengang Rakan Tak Bayar Hutang

Pandai pinjam, pandai lah bayar balik kan? Ish ish…

Hiburan Thu, 5 Sep 2019
Trending Mon, 20 Jun 2022

Lee Chong Wei & Taufik Hidayat Bakal Berentap Di ‘Live’ TikTok?

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW) secara rasminya telah menjadi sebahagian dari keluarga TikTok selepas dilihat membuka akaun di platform media sosial terkenal itu baru-baru ini. @leechongweiofficial Hi everybody, I am Lee Chong Wei, […]

Featured Sat, 5 Feb 2022
Trending Tue, 23 Jan 2024
Featured Fri, 20 Mar 2026

Nas-T Kongsi Tradisi Baju Raya Sedondon Itu Wajib, Akui Aidilfitri Tak Sama Tanpa Arwah Ayah & Adik

Pelakon Nas-T berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila mengakui sambutan Aidilfitri sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak lagi sama selepas kehilangan insan tersayang.

Featured Wed, 8 Jun 2022
error: Content is protected !!