Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana June 14, 2024 @ 10:17am

Puteri Khareeza Tunjuk Bakat ‘Sebenar’

Penyanyi dan juga pelakon berbakat besar Puteri Khareeza teruja dengan buah tangan terbaharu ‘Sebenar’ yang merupakan single kelima beliau bersama Alternate Records.

Lagu ‘Sebenar’ ini merupakan hasil ciptaan komposer dan penulis lirik Omar K dan Firdaus Rahmat yang membawa genre pop balada dengan sentuhan elemen rock, bersesuaian dengan suara serak basah penyanyi wanita itu.

Menurut Khareeza, dia mengakui cabaran yang dibawa dalam lagu “Sebenar” agak berbeza daripada singlenya sebelum ini.

“Saya rasa sedikir mencabar kerana lagu ini menguji julat vokal yang mana nadanya agak tinggi berbanding lagu-lagu saya sebelum ini.

“Walaupun bergenre pop balada, namun penyampaiannya ada sedikit rock yang memberi kelainan dari segi penyampaian, ‘feel’ dan tempo,” jelas Khareeza.

Tambah Khareeza lagi, naskhah “Sebenar” pada kali ini Istimewa kerana menceritakan tentang penderitaan hidup seorang individu yang sengsara atas kebahagiaan orang lain. Walaubagaimanapun individu ini tetap teguh berdiri pada paksi cinta yang sebenar.

Lebih menarik, tempoh pembikinan Lagu ‘Sebenar’ ini mengambil masa yang sangat singkat iaitu selama dua hari, menjadikan proses pembikinan lagu yang terpantas yang pernah dilakukan oleh komposer Omar K.

Dalam masa yang sama, Omar K berpendapat penyanyi meningkat naik ini mempunyai ton suara yang istimewa dan sesuai untuk membawakan lagu ini.

Komposer itu turut berkongsi kebolehan Khareeza dalam melontarkan perasaan dalam lagu dan berharap agar lagu “Sebenar” ini mampu menyerlahkan lagi kelebihan yang ada pada Puteri Khareeza.

Lagu ini juga menjadi lagu runut bunyi (OST) bagi drama Khilaf Yang Tertulis, yang sedang hangat ditayangkan di slot Akasia TV3. Saksikan ‘Khilaf Yang Tertulis’ setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim juga melalui Tonton di www.tonton.com.my , muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Sekadar info, Puteri Khareeza pernah membawakan lagu OST bagi drama slot Akasia ‘Melur Untuk Firdaus’ yang melonjakkan nama beliau sekali gus lebih dikenali di dalam industri musik tanah air.

Lagu tersebut, yang juga merupakan single pertamanya ‘Duka Sebalik Tawa’ berjaya mendapat sambutan luar biasa dan memperoleh 475 juta tontonan di platform TikTok, 5.4 juta di Youtube dan 2.4 juta di setiap aplikasi penstriman dalam talian antaranya Spotify.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Jan 2023

Terpalit Dengan Lelaki VIP? Ini Respons Anna Jobling

Anna cantik sebab tu jadi tumpuan ramai

Hiburan Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Sun, 16 Dec 2018

Sufie Rashid Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Tahniah Sufie Rashid & Ain. Semoga segala urusan persiapan menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan.

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

‘It’s Not Funny’, Siti Sarah ‘Sekolahkan’ Pengikut Di Instagram

Saya menganggap pembantu rumah adalah antara pekerjaan yang mulia…

Hiburan Tue, 2 Jan 2018

34岁日本AV天后苍井空结婚啦!

34岁日本AV天后苍井空1日深夜宣布结婚,抛出2018年娱乐圈第一个震撼弹!她在晒出无名指戴婚戒的照片,并透过社群网站以中,英文宣布喜讯,令全球粉丝又惊又喜。

Featured Mon, 8 Sep 2025
Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Sam Smith Putus Cinta Dengan ‘Kekasih’

Akui Sam, dia sudah putus cinta dengan pasangan sejenis, pelakon siri 13 Reasons Why, Brandon Flynn.

error: Content is protected !!