Euforia Bola 2026
Hiburan By: Atiqah Johari June 14, 2024 @ 7:07pm

Aisyah Hijanah Jawab Isu Pecat Staf Tanpa Bayar Gaji & Guna Duit Derma Untuk Urusan Peribadi – “Siapa Yang Kenal, Tahulah Personaliti Saya”

Selepas dituduh perkahwinan kali kedua sekadar mencari publisiti, pasangan usahawan dan pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah dan Alif Teega didakwa memecat pekerja serta merta dan mengutip derma untuk kepentingan peribadi.

Artikel Berkaitan: Perkahwinan Kedua Suami Didakwa Sekadar ‘Content’, Aisyah Hijanah Papar Bukti! – “Dia Tak Tunjuk Wanita Itu Untuk Jaga Sensitiviti”

Perkara itu didedahkan oleh sebuah ‘page’ di Facebook yang bernama PW Community dan mendakwa Aisyah dan Alif adalah ‘scammer’.

Aisyah tampil memperjelaskan perkara sebenar dan menafikan kedua-dua dakwaan yang dilemparkan kepada mereka.

“Setakat ini, belum pernah ada seorang pekerja HIJANAH yang dibuang 24 jam akibat mempersoalkan audit syarikat. Pernah ada bekas pekerja HIJANAH yang dibuang, tetapi atas isu dalaman pekerja itu sendiri & bukanlah soal audit yang didakwa page berkenaan.

“Pekerja tersebut juga telah menerima surat tuntutan atas tingkah laku beliau yang melanggar etika bekerja di dalam syarikat,” jawabnya.

Aisyah Hijanah

Soal dakwaan kutip derma untuk kepentingan peribadi pula, Aisyah memaklumkan bahawa syarikatnya mempunyai audit yang jelas dan dilakukan setiap tahun.

“Setiap kutipan yang dilakukan, mempunyai resit yang sah & juga saya buatkan video yang di post di media sosial sebagai bukti.

“Aisyah hanya menggunakan platform ini utk membantu ramai lagi yang ingin menyumbang & meluaskan peluang orang utk menyumbang.

“Syarikat saya mempunyai audit yang jelas yg kami lakukan setiap tahun. Jualan HIJANAH juga sama seperti syarikat-syarikat founder di media sosial. Cuma saya sendiri bukanlah orang yang suka mempertontonkan kemewahan dari pakaian saya. Siapa yang kenal, tahulah saya personalitinya bagaimana,” jelasnya lagi.

Aisyah Hijanah

Artikel Berkaitan: Individu Minta Tips Pemilihan Suami, Ini Jawapan Padu Aisyah Hijanah! – “Tak Boleh Terlalu Sayang! Tak Diambil Orang, Diambil Tuhan”

Artikel Berkaitan: Berjaya Miliki Kereta Mewah Porsche 911 Carrera 4s Hampir RM1 Juta, Aisyah Hijanah Zahirkan Rasa Syukur

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Aug 2021
Hiburan Sat, 25 Aug 2018

Cempedak Punya Pasal, Umie Aida Dikejarkan Ke Hospital

Terdahulu, video berdurasi 17 saat yang dimuat naik Umie di Instagram memaparkan suaminya menggendong turun dari tangga masuk ke dalam kereta tular di media sosial.

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Trending Fri, 28 Dec 2018

Angin Kencang Mulai Esok Hingga Khamis, Amaran Berjaga-jaga Dikeluarkan

Angin Kencang Mulai Esok Hingga Khamis, Amaran Berjaga-jaga Dikeluarkan Bagi Kawasan Pantai Timur

Events Sat, 12 Oct 2019

Selamat Bertunang, Zara Zya Dan Hafreez Adam Bakal Nikah Oktober 2020

Wah, kita doakan yang baik-baik buat pasangan dua sejoli ini okay!

Acara Fri, 26 Aug 2022
Trending Thu, 25 Jun 2020
Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Nana Kongsi Rahsia Peribadi Dalam ‘Life Goes On’

Penyanyi lagu ‘Paling Comel’ ini turut memberitahu dia mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan buku berkenaan…Tak sabar kami nak dapatkannya!

error: Content is protected !!