Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 17, 2024 @ 7:47pm

‘Dekati.’ Lonjakkan Nama Najmi Niery di Indonesia

Bait-bait lirik yang menangkap selain melodi yang indah menjadi kekuatan kepada naskhah ‘Dekati.’ yang merupakan antara karya sulung penyanyi yang mahu dikenali dengan nama Najmi Niery ini.

Siapa sangka percubaan pertamanya membuatkan hasil apabila lagu berkenaan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.

Dekati. bukan sahaja tular di platform TikTok tetapi juga menjadi antara lagi kegemaran peminat dari Indonesia yang sentiasa memberikan sokongan sejak dilancarkan setahun yang lalu berdasarkan jumlah pangkalan data strim yang meningkat dari semasa ke semasa.

“Saya anggap ini rezeki untuk orang baharu seperti saya. Daripada sekadar meluahkan apa yang terbuku di dalam hati melalui Dekati., ia menjadi karya yang diminati ramai oleh peminat terutamanya mereka yang berada di Seberang.

“Ramai yang menyangka saya merupakan salah seorang penyanyi Indonesia memandangkan ‘bunyinya’ lebih mesra pendengar di sana. Saya anggap ini rezeki apabila orang mula mengenali Dekati. dan mempopularkan nama saya sedikit demi sedikit,” kata penyanyi ini lagi.

Kebolehan yang ada pada Najmi bukan sekadar menyanyi semata-mata tetapi dia juga mampu mencipta lagu dan menulis lirik dengan baik sejak di bangku sekolah lagi. Lebih menumpukan kepada rentak balada dan R&B, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga cenderung kepada pop jazz.

Untuk naskhah Dekati., dia menggunakan khidmat Ari Renaldi untuk proses mixing dan mastering yang merupakan salah seorang berpengaruh dalam bidang muzik di Indonesia. Sebagai rekod, Ari juga pernah bertindak selaku penerbit kepada beberapa nama besar termasuklah Afgan, Yura Yunita, Tulus dan Glenn Fredly sebelum ini.

Maka tidak hairanlah jika ada yang mendengar Dekati. buat kali pertama dan menggelarkannya sebagai Afgan Malaysia.

“Apa sahaja gelaran daripada peminat saya terima dengan hati yang terbuka. Bagi saya apabila mereka mula mengenali nama Najmi Niery atau karya Dekati. pun sudah memberikan kegembiraan memandangkan saya tahu kehadiran saya diterima baik.

“Saya bersyukur dengan penerimaan peminat selama ini bila melihatkan jumlah strim menghampiri 2 juta. Itu petanda yang baik untuk saya terus memberikan yang terbaik kepada karya-karya yang akan datang,” katanya lagi.

Dia gembira apabila turut berpeluang menyertai beberapa festival muzik di Indonesia termasuklah Southeast Serenade Festival Makassar selain menyertai beberapa konsert tempatan seperti Malam Galau Indonesia 2.0 dan Malam Terpaling Galau Indonesia @ZEPPKL tahun lalu.

Jelasnya, sambutan yang diberikan peminat begitu luar biasa dan sedikit sebanyak dapat memperkenalkan jenama Najmi Niery kepada orang baharu meskipun bergerak secara solo ketika itu.

“Sebelum ini saya bergerak secara sendirian dan baru sekarang saya mempunyai pengurus, Anne Mukhtar yang berpengalaman luas dalam bidang muzik. Insya-Allah akan ada karya baharu dan perancangan lain yang bakal dilaksanakan nanti,” tambahnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Jan 2025

Erra Fazira Ada Pengumuman Istimewa Pada 7 Februari? Ini Respons Empunya Badan

Erra Fazira mula rapat dengan Mr. E sejak saling berbalas mesej di Instagram

Events Fri, 18 May 2018

Sajat Dating Dengan Siapa Tu?

Untuk episod kali ini, Sajat kena menghadiri mesyuarat bersama Tan Sri Jojo, owner Concorde Hotel. Wah! Buat apa lah agaknya tu Sajat?

Featured Fri, 11 Jul 2025

Syed Saddiq Dedah ‘Rahsia’ Tun M Kekal Awet Muda – “Bukan Sekali Tapi Banyak Kali”

Syed Saddiq mendedahkan antara perkara yang sering dilakukan Tun M ketika berada di Parlimen.

Featured Fri, 1 Apr 2022
Hiburan Fri, 19 Aug 2022
Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Trending Mon, 13 Jul 2020
Featured Wed, 24 Nov 2021

“Terima Kasih Kak Ana 16 Tahun Dengan Kami” – Sebaknya! Satu Keluarga Menangis Tak Sanggup Lepaskan Pembantu Rumah

Ramai rakyat Malaysia menggunakan khidmat pembantu rumah warga asing untuk meringankan beban menjaga anak, menguruskan rumah dan sebagainya. Namun, sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembantu rumah itu ikhlas dan telus, malah lama kelamaan ia pasti […]

error: Content is protected !!