Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi June 18, 2024 @ 6:30pm

Mahu Bernikah & Berpoligami, Hampir 30 Pasangan Malaysia Ke Selatan Thailand Setiap Bulan 

Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Abdul Aziz Che Mamat berkata kebanyakan pasangan yang ingin berpoligami datang ke wilayah ini untuk menjadi pasangan secara sah dan sanggup datang dari jauh semata-mata bagi menghalalkan hubungan.

Beliau berkata berpoligami adalah antara punca ramai pasangan Malaysia beralih melangsungkan perkahwinan ke selatan Thailand dan tindakan berkenaan seharusnya tidak dipandang sinis dan masyarakat harus berfikiran terbuka.

“Bagaimanapun perkahwinan yang dilangsungkan di selatan Thailand tidak semudah disangka kerana ada syarat tersendiri termasuk memeriksa latar belakang pasangan.

“Antara syarat wajib, jika pasangan wanita itu janda atau balu kita perlu melihat surat cerai atau sijil mati pasangannya terlebih dahulu. Sekiranya syarat itu tidak dipatuhi atau meragukan pasangan berkenaan tidak akan dinikahkan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Abdul Aziz berkata pihaknya tidak secara semberono menikahkan mereka kerana setiap orang perlu memikirkan nasab keturunan mereka selepas ini sekiranya berbohong.

Setiap pasangan yang ingin berpoligami di Thailand perlu membuat pengesahan di Pejabat Konsulat Besar Malaysia di Songkhla dan mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia semula bagi mengelak sebarang fitnah dan hak pasangan wanita sekiranya mempunyai anak kelak.

Sumber: Harian Metro

ARTIKEL BERKAITAN: Masjid Pernikahan Syamsul Yusof & Ira Kazar Di Thailand Jadi Tarikan

ARTIKEL BERKAITAN: “Poligami Itu Indah Kalau Suami Berlaku Adil” – Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Tak Adil Untuk Bercinta Atau Sayang Lebih Daripada Seorang” – Aedy Ashraf Dipuji Matang Jawab Soalan Tentang Poligami

ARTIKEL BERKAITAN: Adi Putra Anggap Isu Poligami Adalah Pilihan Sendiri, Bukan Perkara Besar – “Ia Wujud Dari Zaman Rasulullah Sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Buka Aib, Kalau Boleh Simpan Dalam Selimut” – Ashraf Muslim Kongsi Tips Poligami, Akui Bukan Mudah

ARTIKEL BERKAITAN: Ilmu Perlu Seiring Dengan Akidah, Ini Respons Padu Salih Yaacob Tentang Poligami – “Ada Banyak Isteri Pun Kena Ingat Siapa Yang Layak Bersama Ke Akhirat”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 7 Oct 2025

Gurauan Nadir Al Nuri & Musa ‘Ubat’ Hati Rakyat Malaysia, Netizen Komen – “Adik Beradik Yang Hebat Dalam Misi Perjuangkan Gaza”

kedua-duanya bertemu semula selepas Musa dibebaskan daripada tahanan Isr**l bersama kesemua delegasi Malaysia lain.

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Sat, 7 Jul 2018

Bukan Sakit Jantung Tapi Kanser…

Pelakon kanak-kanak terkenal itu memuat naik sekeping gambar di media sosial miliknya dengan tanda pagar #fightcancer.

Featured Tue, 22 Aug 2023

Tepis Dakwaan Sejak Kurus Kuat Bergelek, Fasha Sandha Bidas Netizen Mulut Celupar – “Lagi Malu Kalau Nampak Warak Tapi Munafik”

‘Lagi malu kalau kelihatan warak dan baik, tapi bersifat ‘munafik’ dan hipokrit’ – Fasha Sandha

Trending Mon, 2 Nov 2020
Hiburan Wed, 16 Jul 2025
Featured Sat, 14 May 2022
error: Content is protected !!