Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 20, 2024 @ 2:50pm

Sah Bercerai Talak Satu, Nora Danish Reda – “Sabar Itu Menenangkan Hati, Reda Itu Membahagiakan Hati”

Status rumah tangga pelakon jelita, Nora Danish akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan ini sah bercerai dengan talak satu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada jam 8.34 malam Rabu.

Walaupun mengejutkan ramai pihak dengan keputusan yang diambil, pasangan ini bagaimanapun kelihatan reda dan masih menjalinkan hubungan baik demi anak-anak.

Malah, Nora menerusi hantaran di Instagram Story nya sempat berkongsi ‘quotes’ yang dipetik dari ilmuan terkenal berkait tentang perasaan reda beserta muzik latar dari penyanyi popular Indonesia, Panji Sakti berjudul Tanpa Aku.

“Jika mampu, jadilah ofang yang reda. Jika tak mampu, jadilah orang yang sabar. Kerana orang yang reda itu lebih utama daripada yang sabar.

“Sabar itu menenangkan hati, reda itu membahagiakan hati,” tulis pada quotes berkenaan.

Terdahulu, Nora menerusi kenyataannya kepada media bertarikh 29 April memaklumkan, kemelut rumah tangga yang dibina sejak 7 tahun lebih itu tidak ada kena mengena dengan orang ketiga sebaliknya ia lebih kepada persefahaman masing-masing.

Malah, dia dan bekas suami sangat mementingkan keharmonian kedua belah pihak sekaligus enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan mereka kerana tidak mahu timbul sebarang teori negatif.

Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia 7 tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum sah bercerai pada 2008.

@xtra_my Replying to @PemilikHatiKanda Berpisah jua… 💔 Tak ada jodoh Nora Danish dan Nedim… Sama-sama doa yang baik-baik… #fyp #xtramy #noradanish #cerai #nedimnazri #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

 ARTIKEL BERKAITAN:“Tiada Yang Berubah Cuma Dia Bukan Milikku”- Nedim Nazri

ARTIKEL BERKAITAN:Perkahwinan 7 Tahun Terlerai… Nora Danish, Nedim Nazri Sah Bercerai Talak 1

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

19 Tahun Berkahwin, Akhirnya Kajol…

Sebilangan besar peminat kecewa bila mendapat tahu pelakon kegemaran mereka ini memilih aktor Ajay Devgan sebagai suami. Alamak, kenapa tu?

Trending Mon, 1 Apr 2019

Gambar Dan Video Rasmi Perkahwinan Penuh Gemilang Sultan Kelantan Akhirnya Tular

Pasangan ini kini dikatakan sedang menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka. Apapun, tahniah diucapkan kepada kedua mempelai diraja. 

Hiburan Sun, 21 Jul 2019
Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Thu, 2 Jan 2025

Didakwa Miliki Dadah, Pelawak Popular Dipenjara 6 Bulan Di Jeddah

Keputusan pelawak dipenjara enam belan di Jeddah dibuat selepas perbicaraan berlangsung pada November lalu

Featured Wed, 9 Apr 2025

“Ia Buat Saya Fikir Soal Kematian”- Alami Serangan Jantung, Zamarul Hisham Kongsi Status Kesihatan

Pelakon versatile, Zamarul Hisham mengaku keadaan kesihatannya kini bertambah baik.

Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!

error: Content is protected !!