Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 20, 2024 @ 6:04pm

Saling Kongsi Foto Bersama, Ajak, Shahrol Shiro Berdamai – “Jika Ada Masalah Buang Ego Bukan Silaturahim”

Duo pelawak Ajak dan Shahrol Shiro berkongsi bahawa hubungan persahabatan mereka kembali baik selepas berlaku perselisihan faham sebelum ini.

Perkara tersebut dikongsikan oleh mereka sendiri menerusi hantaran di Instagram masing-masing.

Kata Ajak, perkara yang telah berlaku biarkan berlalu kerana mereka sudah tua.

Malah, dia berpegang dengan kata-kata ‘Tak ada kau, tak ada aku’.

“Xde kau Xde aku..Kita pegang ayat tu
Sheikh.

“Yang berlaku biar berlalu, kita dah tua Sheikh. Nak comeback pun malu. Tapi kalau kau ON aku Action.

“Kita SHIRO,” tulisnya.

Ajak

Manakala, Shahrol pula menyatakan bahawa jika mempunyai masalah masing-masing perlu membuang ego bukan silaturahim tersebut.

Malah, dia juga memaklumkan bahawa mereka mempunyai banyak kenangan bersama.

“Jika kuku panjang, buang kuku bukan jarinya. Jika ada masalah buang ego bukan silaturrahimnya”

“Dialog tersebut bukan sekadar lafaz didalam sketsa MLM tetapi dieksekusi secara realiti.

“Satu malam yang panjang mengimbau begitu banyak kenangan bersama yang tidak mungkin dilupakan selamanya.

“Doakan awak terus maju jaya @ajakshiro. Karya itu kasi jadik,” tulisnya.

Shahrol

Sebelum ini, kedua-dua pelawak tersebut dilihat berbalah dan berbalas komen di sebuah hantaran mengenai isu penyampai radio didakwa ditindas di sebuah stesen radio yang mereka pernah berkhidmat.

Artikel Berkaitan: ‘Be Profesional Suria FM!’- Shahrol Shiro Kecewa Isu Dikatakan Tak Berdisiplin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Drama Band Raikan 15 Tahun Perjalanan Seni Menerusi Konsert Istimewa!

Konsert ulang tahun istimewa ini bakal berlangsung pada 31 Januari 2026 di RCD BIG Studio, Shah Alam!

Featured Mon, 20 Apr 2026

“Penuhi Jiwa Dengan Kasih Sayang, Sebab Kita Belum Tahu Takdir Esok” – Fazura

Nur Fazura berkongsi kata-kata positif apabila mengajak orang ramai untuk mengisi jiwa dengan kasih sayang dalam apa juga situasi.

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Doakan Anak Ali Puteh…

Semoga dikurniakan kesihatan yang lebih baik, Ainul Mardhiah…

Hiburan Fri, 4 Oct 2024

Individu Dakwa Gangguan Makhkuk Halus Berpunca Daripada Simpan ‘Benda’, Zara Zya Tampil Bersuara!

Allahuakbar, tak baik la nak fitnah orang sampai macam tu sekali 🥹

Hiburan Fri, 23 Feb 2024

Bekas Kekasih Meninggal Di Indonesia, Hafiz Hamidun Tak Serik Nak Kahwin

Inalillah.. InsyaAllah ada jodoh buat Hafiz Hamidun nanti

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Featured Thu, 23 May 2024

Pertikai Kenyataan Pergi Makkah Balik Hari Untuk Beli Perfume, Ryzal Ibrahim Gelar Netizen Jahil Pengetahun Agama – “Sampai Nak Baca Ilmu Pun Malas”

Betulll! Min setuju💯 at least bacalah dulu, kalau rajin buat research nampak lah cerdik😎✌️

error: Content is protected !!