Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 20, 2024 @ 5:13pm

Shila Amzah Kembali Bekerja Sebelum Habis Pantang – “Kira Halal Lah Eh…”

Penyanyi Shila Amzah dilihat sudah kembali bekerja meskipun belum selesai tempoh berpantang.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Shila ketika berkongsi momen membuat persiapan untuk beraksi di pentas sebuah acara menerusi sebuah hantaran di TikTok.

“Kerja pertama setelah tiga bulan. Terima kasih China-Malaysia for having me. Ayuh kita kayuh Bismillahirahmanirrahim,” tulisnya.

Difahamkan, pelantun lagu Patah Seribu itu telah diundang untuk membuat persembahan di majlis sambutan ulang tahun persahabatan antara Malaysia dan China yang ke-50 tahun.

“Kembali bekerja, walaupun belum habis pantang, saya masih ada beberapa hari lagi tapi kira halal lah.

“Persembahan hari ini untuk sambutan 50 tahun persahabatan antara China dan Malaysia, jadi saya akan menyanyikan lagi temanya,” katanya.

Kagum melihat persembahan bertenaga penyanyi itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons berbaur pujian dalam kalangan peminatnya di ruangan komen.

@shilaamzahofficial Kerja pertama setelah 3 bulan ❤️ Dari hujung trimester, bersalin dan pantang. Bismillah, ayuh kita kayuhhhh💪🏼 🇨🇳🇲🇾 #fyp #work ♬ 음악시간 – BGM President

Terdahulu, Shila dan suaminya, Ubai MZ memaklumkan mereka telah selamat menimang cahaya mata perempuan yang bernama Rhea Akira, pada 9 Mei lalu.

Sekadar info, Ubai dan Shila melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos 2023.

Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami, Haris Idraki namun berpisah pada 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Jul 2024
Trending Wed, 6 Oct 2021

Julung Kali Diadakan, Undian Anugerah Drama Sangat Kini Bermula!

TV3 bakal melangsungkan Anugerah Drama Sangat (ADS) khusus buat peminat drama Malaysia pada bulan Disember nanti! Buat julung kalinya, ADS diadakan sebagai sebuah anugerah berprestij untuk meraikan setiap keringat dan tulang belakang industri hiburan kita. […]

Hiburan Tue, 2 Jul 2024
Events Tue, 12 Jul 2022
Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Featured Tue, 14 Dec 2021

“Dia Pun Nak Solat Berjemaah” – Monyet Sesat Dalam Masjid Berjaya Diselamatkan Bomba

Video beberapa anggota bomba yang menyelamatkan seekor monyet dalam masjid dipercayai di Bukit Jelutong, Shah Alam tular sejak semalam. Video yang berdurasi 1:36 minit itu menunjukkan anggota bomba sedang mencuba untuk membawa seekor monyet turun […]

error: Content is protected !!