Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Padin June 22, 2024 @ 1:30pm

Meriah & Lazat… Pencinta Makanan Laut Jumpa ‘Selebriti’ Kegemaran di Seafood Festival 2024!

Acara Seafood Festival 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Sunway Putra Mall menjadi ‘syurga’ mereka yang mencintai makanan laut.

Menurut Ketua Pegawai Operasi FriedChillies yang bertindak selaku penganjur, Mohd Adly Rizal, 15 vendor yang menyertai acara itu bertindak sebagai ‘selebriti’ kepada penggemar hidangan berasaskan hasil laut.

“Sebelum ini, kami menganjurkan Nasi Kandaq Fest 2023 yang menerima respons baik dan tular di media sosial. Ia menjadi pembakar semangat untuk meneruskan acara berkonsepkan festival makanan namun kali ini mengetengahkan makanan laut (seafood).

“Bagi kami sebagai pencinta makanan, mereka adalah artis, mereka adalah ‘selebriti’. Mereka ibarat hero kepada penggemar makanan berasaskan makanan laut (seafood) yang gigih berniaga siang dan malam.

“Malah, ada yang turun ke laut untuk mencari hasil laut yang segar demi acara hari ini. Jadi, kami mahu memperkenalkan mereka kepada semua. Itulah keunikan Seafood Festival 2024,” kata Adly.

Namun begitu, Adly mengakui kepentingan selebriti atau pempengaruh media sosial untuk tujuan pemasaran.

“Bagaimanapun, kami tidak menafikan pentingnya pengaruh selebriti sebagai salah satu rangka promosi, namun kami percaya adanya kelompok peminat makanan laut. Malah, kami sasarkan 15,000 pelanggan sepanjang dua hari berlangsung.

“Alhamdulillah, setakat ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan,” ujarnya.

Ditanya tentang pemilihan seafood untuk tarikan karnival makanan kali ini, ini jawapan Adly.

“Kami sudah menganjurkan program seumpama ini lebih 10 tahun lalu. Kami bermula dengan perniagaan makanan nasi lemak, burger, ayam goreng, nasi kandar dan kami meneruskan acara dengan makanan hasil laut, Seafood Festival 2024.

“Orang rasa makanan seafood mahal, tapi untuk hari ini kebanyakan vendor kami menawarkan harga yang berpatutan namun masih mengekalkan kualiti terbaik. Malah, ada juga disediakan hidangan unik yang mesra muslim, kesemua 15 vendor menampilkan hidangan signatur tersendiri,” tambahnya.

Antara vendor yang terlibat dalam Seafood Festival 2024 ialah Kingu Kongu, seafood spread dari Ombak Kitchen, Grill Haven, Ikan Bakar Bellamy, Sushika, Crispy Chippy, Top Catch, Bolok Troops, Udang Galah dari MRos dan oyster segar dari Penang Oyster Park.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sun, 22 Sep 2019

2款超简单清热凉茶!煮给全家降降火

天气热烟霾来袭!赶快动动手,在家煮这两款「超简单」处理的凉茶,给全家人降降火。

Fab Foodies! Thu, 21 Dec 2017

THIS STALL IN BANGSAR SELLS NASI KANDAR FOR RM3 ONLY!

Hardcore foodies everywhere, you’re welcome!

Fab Foodies! Thu, 7 Nov 2019

A Talk About Cereal: A Sugar Bomb Camouflaged as Healthy Food?

Cereal has always been advertised as a better alternative to a healthier lifestyle, but the question is, is it really?

Fab Foodies! Mon, 14 Oct 2019

Resorts World Genting Opens Up New World-Class Contemporary Chinese Food at FUHU Restaurant & Bar

FUHU Restaurant & Bar brings vibe dining to the skies with world-class food by Michelin-starred Chef Alvin Leung.

Fab Foodies! Tue, 8 Jul 2025
Fab Foodies! Fri, 2 Aug 2019

4 Easy Healthy Pasta Dishes that are Guilt-Free even at 12AM

This is for the boys and girls out there who are constantly on a struggle of keeping that summer bod on point but crave for carbs 25/7!

Fab Foodies! Fri, 9 Feb 2018

HIDANGAN TENGAHARI HANYA RM 3 DI BANGSAR, LOGIK KE?

Walaupun Bangsar terkenal sebagai sebuah kawasan penempatan golongan atasan dan dikelilingi restoran mewah, kedai Anuar Kari Kepala Ikan ini tetap menjadi pilihan ramai!

Fab Foodies! Tue, 5 Jun 2018

「喝豆浆不滤渣」肠道好菌更旺!豆渣营养超高

豆浆是由黄豆(又称大豆)所制作而成,但大部分人往往在制作豆浆的过程中,将「豆渣」过滤掉,殊不知你滤掉的可是对身体健康有益处的宝物呀!

Fab Foodies! Thu, 21 Mar 2019

Harriston Releases Ruby Cocoa Chocolates in Conjunction with Appreciating Women

Taking over the company from their father’s reign, the two sisters had a vision to grow the business exponentially.

Fab Foodies! Wed, 5 Dec 2018
error: Content is protected !!