Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 24, 2024 @ 2:06pm

“Awak Silap Sebab Kali Ni Saya Yang Terkena” – Naufal Azrin Bengang, Beri Tempoh 2 Minggu Untuk Syarikat Pengurusan Bayar Hutang

Penyanyi Naufal Azrin meluahkan rasa kesal apabila bekas syarikat pengurusannya gagal untuk melangsaikan hutang.

Katanya, selain enggan memberikan respons terhadap panggilan yang dibuatnya, bekas syarikat pengurusannya itu juga turut memberikan pelbagai alasan.

“Kepada label lama saya, saya tak suka buat benda ni sebenarnya, nak viral lah apa lah… Tapi kau orang tak respond langsung panggilan saya.

“Kalau orang lain yang kena macam ni, dah tak nak ambil peduli sama ada kau orang bayar duit mereka atau tidak, saya peduli.

“Bila saya minta bayar tu, jangan bagi alasan tentang family susah lah, sakit lah, cara tu dah tak berfungsi dalam akal saya. Saya tak nafikan saya mudah kesian dekat orang. Tapi kali ni saya sedikit berbeza berbanding sebelum ini,” ulasnya.

Mengakui dia bukanlah seorang yang suka menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah, Naufal berkata, dia memberikan tempoh selama dua minggu terhadap label lamanya itu untuk bersemuka dan menyelesaikan perkara tersebut.

“Awak silap sebab kali ini yang terkena saya. Sejujurnya, saya bukan jenis yang banyak cakap sangat. Tapi kalau saya buat macam tu, saya yang kena nanti. Jadi saya guna kaedah media sosial mana tau ada yang boleh bantu.

“Saya bagi masa tempoh dua minggu untuk kita semua jumpa dan selesaikan perkara ini. Kalau tak saya akan cari cara, paling tidak awak akan ditangkap sebab rembat duit orang,” katanya.

Naufal berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Insta story miliknya pada Ahad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 31 Jan 2020

WHO umum darurat kecemasan kesihatan awam global bagi bendung koronavirus

Peningkatan mendadak kematian akibat 2019-nCoV membimbangkan

Featured Wed, 8 Jan 2025
Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Hayley Williams Of Paramore Hints A Solo Release?

If the rumours are trumours, then we are blessed for this new year!

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Apa Motif Perlekehkan Solat? Instafamous Ini Dihentam Netizen

Malah, beliau sekali lagi dikecam teruk apabila gambarnya mula tular dimedia sosial dengan aksi seolah-olah memperlekehkan solat

Hiburan Thu, 2 Jan 2025
Trending Wed, 6 Jan 2021
Hiburan Wed, 25 Jun 2025

Ebit Lew, Ustaz Tido Didakwa Cemar Imej Pendakwah Gara-Gara Pertarungan ‘Gift’ TikTok

Netizen dakwa Ebit Lew, Ustaz Tido guna imej pendakwah untuk keuntungan peribadi

error: Content is protected !!