Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 24, 2024 @ 12:03pm

Dedah Pelaku Anak Istimewa, Individu Panjat Rumah Aeril Zafrel Hadir Minta Maaf – “Petang Tu Juga Mak Dia Bawa…”

Pelakon Aeril Zafrel memaklumkan individu lelaki yang memanjat rumahnya dan didakwa menghantar barang sihir tampil memohon maaf kepadanya.

Dalam perkongsian di Instagram, Aeril telah memuat naik momen ketika individu tersebut hadir ke rumahnya bersama keluarganya.

Menurut Aeril, individu tersebut yang difahamkan seorang anak istimewa mengaku bahawa bukan dia yang menghantar barang sihir itu.

“Semalam saya ada post berkenaan budak laki panjat rumah saya dan letak barang sihir. Dan petang tu juga mak dia bawak anak istimewa ini datang berjumpa saya untuk meminta maaf.

“Berkenaan barang sihir budak ni cakap dia tak ada letak. Jadi kemungkinan bukan dia yang letak,” tulisnya.

Aeril bagaimanapun menganggap kejadian tersebut mempunyai hikmah disebaliknya dan berharap menjadi pengajaran kepada semua pihak.

“Tapi peristiwa ini ada hikmah di sebalik nya. kalau budak ni tak panjat rumah saya, saya tak ada la nak check kawasan rumah tu dan tak jumpa la barang sihir tu.

“Apa pun semoga kejadian ini menjadi iktibar untuk saya, ibu bapa budak ini dan utk semua. katanya budak ni peminat saya tu sanggup panjat pagar sebab suka,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Jan 2024

Dengar Suara Memanggil-Manggil, Nampak Melambai-Lambai…Ibu Sakit Rindukan Bella

Ibu mana yang tidak sayang anaknya, pulanglah Bella🤲🏻

Featured Thu, 7 Nov 2024

Sambut Ulang Tahun Jemyma Yang Ke-10, Fasha Sandha Mengaku Wajib Ambil Cuti Celebrate Hari Lahir Anak

Menurut Fasha, dia dan suami wajib mengambil cuti untuk sambut hari lahir anak-anaknya. Tiada kompromi.

Featured Wed, 12 Oct 2022

Lama ‘Menyepikan’ Diri Di Media Sosial, Ameera Khan Kini Dilihat Muncul Dengan Imej Baharu!

Masya-Allah…. makin ayu min tengok Ameera sekarang 😍 Semoga terus istiqamah!

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Featured Wed, 19 Apr 2023
Featured Tue, 4 Oct 2022
error: Content is protected !!