Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 24, 2024 @ 8:01pm

Dakwa Hafidz Roshdi Lepas Tangan Nafkah Anak, Nurul Shuhada Dedah Tanggung Yuran Sekolah Cecah RM11,000 – “Kalau Sedar Hukum Allah, Mohon Taubat”

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada sekali mencuri perhatian warganet apabila mendedahkan bahawa bekas suaminya itu lepas tangan untuk membayar yuran persekolahan anak.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi hantarannya di Instagram dengan beberapa tangkap layar perbualan yang mendakwa Hafidz tidak memberi respons mengenai yuran persekolahan anak.

“Kepada yang berkenaan: Bukan orang tak pernah minta personal, memang semua thru personal tapi tak ambil tindakan jadi di sini saya ambil kesempatan ni untuk anda selesaikan tanggungjawab anda sebagai seorang bapa, betul! Kes mahkamah masih dalam process, jadi kalau nak tunggu perintah mahkamah, siapa nak bayar hal anak-anak?

“Pengurusan sekolah semestinya mencari BAPA kepada students, jadi kalau nak tunggu keputusan mahkamah, umar dengan humairah tak perlu makan? Tak perlu sekolah?,” tulisnya.

Malah, Shuhada juga mendedahkan bahawa dia menanggung semua perbelanjaan sekolah anak-anaknya yang mencecah RM11,000.

“Saya sebagai seorang ibu menerima nasihat pakar dengan hati terbuka dan mencari nafkah untuk anak-anak sehabis baik yang boleh walaupun menanggung semuanya seorang diri selepas diceraikan total persekolahan roughly (RM11k ++),” dedahnya lagi.

Nurul Shuhada

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz berkahwin pada 30 April 2019 dan sah bercerai pada 27 Julai 2023.

Artikel Berkaitan: Shuhada Dedah Anak Rindukan Bapa, Nak Beli Robot Sebagai Pengganti Hafidz Roshdi… Umar Pernah Minta ‘Pinjam’ Ayah Sepupu

Artikel Berkaitan: 6 Bulan Tak Jenguk Anak-Anak, Nurul Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Tak Mahu Ambil Peduli – “Dah Kembali Berkahwin Jadi Mungkin Dia Fikir…”

Artikel Berkaitan: “Bagi Peluang Kau Lari, Kau Tak Nak Dengar” – Nurul Shuhada Nak Lawan Habis-Habisan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

11 Tahun Tunggu Zuriat Kedua, Oktovia Manrose Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Pelakon Oktovia Manrose selamat melahirkan bayi perempuan pada 6 Disember lalu. Perkongsian tersebut telah dimuat naik sendiri oleh Oktovia atau nama sebenar Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman di laman Instagramnya dengan kapsyen yang cukup […]

Featured Thu, 12 Jun 2025

Jefri Nichol ‘Tolak’ Tawaran Berlakon Adegan Panas Demi Ameera Khan? – “Dia Kata Lebih Bagus Jangan”

Jefri kini tidak mahu terlibat membawakan adegan dewasa bersama pelakon wanita lain di set penggambaran.

Trending Sun, 16 Jan 2022

“Ada Yang Sanggup Jemput Guna Jet Peribadi” – Tolak Tawaran Menyanyi di Filipina, Min Yasmin Jaga Sensitiviti

Membina nama di Filipina, penyanyi Min Yasmin, 33, berada di kelas tersendiri dan diterima oleh ramai peminat di negara terbabit. Pernah mengadakan beberapa siri konsert yang mendapat sambutan meriah, kerjaya Min di Filipina agak perlahan […]

Trending Thu, 11 Oct 2018

Tak Nak Bayar Parking Punya Pasal, Pemandu Bakal Disiasat?

Alahai, sebab RM 3 pun sampai nak bergaduh dekat parking? Apa cerita ni…

Hiburan Wed, 27 Aug 2025
Hiburan Wed, 3 May 2023
error: Content is protected !!