Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 24, 2024 @ 6:45pm

Tular Dakwaan Pasangan Pempengaruh Berimej Islamik ‘Makan’ Wang Sedekah Orang Ramai, Kutip RM2.47 Juta?

Kecoh di media sosial mengenai dakwaan pasangan pempengaruh terkenal menyeleweng wang sumbangan orang ramai menerusi beberapa kutipan yang dijalankan sebuah platform sumbangan.

Dalam satu perkongsian, tular sebuah pendedahan yang mendakwa pasangan pempengaruh tersebut meraih wang daripada sumbangan-sumbangan orang ramai.

Dalam pendedahan tersebut, tersenarai beberapa sumbangan-sumbangan yang didakwa melibatkan penyelewengan wang oleh pasangan pempengaruh tersebut seperti sumbangan pek makanan di Makkah dan Madinah, Infaq, bantuan banjir dan korban.

Malah, jumlah kutipan yang diraih pasangan pempengaruh berimej islamik tersebut dikatakan paling terbesar iaitu sebanyak RM 2.47 juta.

“Semoga mereka berdua ini sembelit dan berak batu selama enam bulan kerana makan sedekah orang ramai,” tulis dalam perkongsian tersebut.

Pasangan pempengaruh

Terdahulu, tular dakwaan mengenai pasangan pempengaruh terkenal jahil dan mengarut apabila kempen infaq daging korban yang dibuat pasangan tersebut adalah bid’ah.

Malah, dakwaan tersebut hebat diperkatakan apabila ramai menyifatkan kempen pasangan pempengaruh tersebut menunggang ibadah korban semata untuk mengutip dana.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Dakwa Pasangan Pempengaruh Tunggang Ibadah Korban Untuk Kutip Dana Yang Banyak? 

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Nov 2024
Hiburan Thu, 12 Feb 2026

“Apa Tujuan Buat Sesuatu Itu? Hanya Kita Saja Tahu Niat Sebenar Selain Allah” – Nur Fazura

Fazura berkata demikian menerusi ciapan yang dimuat naik di platform Threads pada Khamis

Events Sun, 7 Oct 2018

It’s Breast Cancer Awareness Month! Do You Know How to Check Your Breasts?

Early detection is vital in prevention breast cancer.

Featured Wed, 25 May 2022
Hiburan Fri, 12 Dec 2025

Raih 124,448,198 Undian, Ernie Zakri Menangis Bawa Pulang Trofi Bintang Paling Popular! Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 37!

Ernie Zakri menangis, tidak sangka rangkul anugerah bintang paling popular ABPBH37

Trending Tue, 7 May 2019

Cabaran letak lipas di atas muka adalah trend remaja kini. Menjijikkan!

Sanggupkah anda menyelongkar dapur semata-mata untuk mengikuti cabaran ini?

error: Content is protected !!