Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 27, 2024 @ 3:34pm

“Influencer Ambil Hak Orang Lain, Ingatlah Azab Allah” – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar menegaskan aktivis atau personaliti media sosial (influencer) terutamanya diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan daripada sifat pemurah masyarakat dengan cara memanipulasi kutipan derma.

Menurut laporan Buletin TV3, Mohd. Na’im berkata, mana-mana pihak perlu sedar bahawa hukuman dan azab daripada Allah S.W.T jika ambil harta orang lain itu amatlah pedih.

“Kita kena hati-hati kita tak nak sifat dermawan kita itu dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Jadi kita kena bijak dalam konteks tersebut. Kita kena pastikan di mana wang yang kita dermakan itu nanti.

“Saya nak ingatkan mereka dengan potongan ayat al-Quran menyatakan, jangan sesekali kamu makan harta orang lain itu dengan cara yang batil.

“Kita kena ingat apa yang kita ambil dari harta orang lain dan kita tak sampaikan dengan niat dan tujuan maknanya hukuman dan azab daripada Allah SWT itu amat pedih.

“Jadi ‘influencer’ tadi itu tidak boleh ambil peluang menipu memanipulasi dengan keuntungan dari sifat dermawan rakyat Malaysia ini,” tegasnya.

Terdahulu, kecoh beberapa personaliti media sosial dikaitkan dengan dakwaan kononnya menyalahgunakan dana sumbangan orang ramai bagi tujuan peribadi.

Sebelum ini tiga individu dikaitkan dengan dakwaan isu berkaitan, namun mereka menafikan pembabitan dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai tuduhan liar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Dakwaan Pasangan Pempengaruh Berimej Islamik ‘Makan’ Wang Sedekah Orang Ramai, Kutip RM2.47 Juta?

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Dakwa Pasangan Pempengaruh Tunggang Ibadah Korban Untuk Kutip Dana Yang Banyak? 

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Apr 2022

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton Dan George Russell Di Malaysia!

Lewis Hamilton dan George Russell di Malaysia!

Featured Wed, 8 Sep 2021
Featured Fri, 12 Aug 2022

“Wallahi Benci! Satu-Satu Bala Kau Jemput” – Rozita Ibrahim Selar MV L*cah Aliff Syukri

Asyik-asyik nak kena bebel dengan bonda tau Datuk Aliff ni…

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

沙巴首部电影《疯夏之箱》曹格父子联手演出

电影《疯夏之箱》如火如荼拍摄中,近日剧组迎来「金曲歌王」曹格与曹爸爸,两人联合出演登上大银幕。据悉,曹格在电影中出演一位关键人物,而曹爸爸亦客串一角,父子两人同台飙戏。

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Wan Sharmila Berserah…

Alhamdulillah…semoga terus istiqamah!

Featured Mon, 11 Mar 2024
Featured Thu, 3 Mar 2022
Hiburan Sat, 26 Oct 2019

Anak Fauziah Nawi Dikhuatiri Lemas Ketika Memancing

Semoga dipermudahkan urusan dan Pitt selamat ditemui. Jom semua doakan!

error: Content is protected !!