Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 8, 2018 @ 1:51am

Tabung Derma Dibekukan?

Akaun bank yang dibuka UMNO Pekan bertujuan mengumpul dana bagi membayar ikat jamin Ahli Parlimennya yang juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilaporkan telah dibekukan.

Pembekuan akaun ini dimaklumkan oleh Ketua UMNO Pekan, Datuk Zalmah Abdul Rahman, selepas menyedarinya pagi Sabtu.

“UMNO Pekan buka akaun bank ini untuk kumpul duit bayar ikat jamin Datuk Seri Najib.

“Saya cuma tahu ia dibekukan pagi tadi, pembekuan akaun ini hanya terjadi di Pekan, tempat lain, tak tahulah,” katanya memetik laporan Malay Mail.

Bagaimanapun, tabung derma bantuan kepada bekas perdana menteri yang dikendalikan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

Razlan dalam Twitternya menulis, akaun sumbangan Belia Berkhidmat untuk Tabung Solidariti Najib masih beroperasi seperti biasa, tidak dibekukan, malah akan dibuka sehingga jam 12 tengah hari Isnin nanti.

Setakat jam 5 petang Jumaat, dana itu telah mengumpul derma berjumlah RM223,908.

Derma itu bertujuan membantu Najib membayar baki wang ikat jamin berjumlah RM500,000 pada Isnin ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Fri, 21 Jun 2024
Hiburan Mon, 27 Oct 2025

“Saya Tak Nak Orang Ambil Tahu Soal Rumah Tangga Saya” – Zizi Kirana

Zizi Kirana enggan komen isu rumah tangga dengan Yusof Bahrin

Featured Mon, 27 Sep 2021

Kebenaran Rentas Negeri Dijangka Pertengahan Oktober Ini

Kebenaran rentas negeri dijangka bakal dilaksanakan pada pertengahan Oktober ini. Kenyataan itu disahkan oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media akhbarnya sebentar tadi. “Jadi saudara bolehlah merayau atau pergi mana-mana […]

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Trending Mon, 5 Oct 2020

Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara ‘Online’ Mulai 16 Oktober

Kan senang tak payah susah susah beratur kat kaunter

Hiburan Sun, 17 Aug 2025
error: Content is protected !!